Saturday, December 12, 2009

J I W A B A R U

bob,punat,aji,awe,faizal,nizam,

nama-nama itu kini tersemat dalam hati aku yang kini mule beralih arah kepada dunia pekerjaan..
teman-teman seperjuangan yang mungkin bole dikatakan telah membuatkan aku tersimpang jauh dari dunia sebenar yang ingin aku kecapi sebelum ini....

tunjuk ajar yang telah dicurahkan kepada aku dari hari ke hari semakin membuatkan aku terus ingin menyelami dunia yang tiada sempadan dan penghujungnye..
segalanyer kini berada hanya dihujung jari...
kini kehidupan aku telah dikelilingi oleh benda-benda yang sungguh asing bagi aku untuk dijelaskan..
terasa satu impak yang besar sedang melanda jiwa aku yang kini telah terisi dengan satu pengetahuan dunia it...

hahahahahaha!!

ni sumua bob punye pasal la...
dorongan dan nasihat die yang sering memecah hening sunyi gegendang telinga aku telah mencuit sedikit minat aku untuk mengikut jejak langkah mereka..
walaupun kalau dipikirkan secara logik akal tidak mungkin aku bole pergi jauh dengan semua ini berdasarkan pengalaman dan sesi pembelajaran yang aku tempuhi sebelum ini ...
tetapi aku cube juga untuk menembusi dinding penghalang yang memisahkan aku dari sume ini..

bermule dari bawah dan aku pasti satu hari nanti aku dapat bersaing dengan kehebatan mereka menggodam semua sistem-sistem teknologi masa kini..
walaupun aku telah menceburkan diri aku dalam bidang mekanikal setelah sekian lama..
kini aku telah murtad dari sume itu dengan menganut ajaran makhluk-makhluk yang boleh dikatakan bijak pandai dalam dunia yang tiada sempadan ini...

aku harap aku tidak tersalah memilih semua ini kerana campuran pengetahuan mungkin dapat memberi aku kekuatan untuk bertarung dengan dunia it dan mekanikal....

dan takziah diucapkan kepada mbe serumah aku yang kini telah bertarung dengan kesakitan yang amat sangat..
percayalah sesungguhnya penyakit yang kite alami itu adalah salah satu cara untuk si 'DIA' menghapuskan dosa-dosa kita...




diharap punat yang kini terlantar di hospital kerana mengalami penyakit apendik akan terus kuat menempuhi semua ini..dan aku doakan semoga cepat pulih dan dapat bekerja seperti biasa...
amin.....

No comments:

Post a Comment