bahahahahaha!!!!!!!
P E M____ B U K A T I R A I
malam yang membosankan bertukar menjadi malam yang memenatkan dan menakutkan..
itulah asyik merungut je asyik bosan la,sunyi la..ape la..
amik ko!!! sekali die bagi terkial-kial dan menggelabah terus ...
sedang aku asyik khusyuk melayan dan menghadap pc buruk aku ini...menceroboh setiap sistem dan jaringan jalur lebar yang tercanggih pada abad kini..sambil sepupu aku yang mendapat gelaran si mereng di kalangan rakan-rakan seperjuangannya yang agak semakin senget otaknye kerana kehilangan pari-pari hidupnya dalam beberapa minggu kebelakangan ini ,sedang leka bermain psp di sebelah aku..
aku terdiam seketika kerana terbau satu haruman yang aku sendiri pun tidak tahu dari mana asal usulnya..erk!!aku terus menyuarakan ape yang terlintas dalam benak pikiran aku.."wei gila..ko bau tak ape yang aku bau ni..bau semacanm je.."...........masing-masing memandang antara satu sama lain dan terdiam membisu.."aku tak bau pe-pe pun"kata si mereng...
ah!! abaikan je la... aku berkata dalam ati...aku pun meneruskan perjuangan aku untuk terus menggodam sistem ciptaan manusia ini...
tiba-tiba ketika aku sudah hanpir ke klimaks yang tersangat...bau tadi semakin mencucuk rongga hidung aku..kali ini bukan aku seorang sahaja yang bau malah si mereng pun telah bau jugak dan terus menegur aku..."wei !! bau pe ni..mcm bau benda hangit je...biar betul ko"aku pun semakin curiga dengan sistem olahan komputer peribadi aku ini..pap!!!! seluruh tenaga kinetik yang menggerakkan dan menghidupkan seluruh tenaga elektrik komputer peribadi aku hilang begitu sahaja tanpa memberikan sebarang isyarat mahupun amaran..segala usaha-usaha aku untuk membina dan mencipta sistem godaman untuk menceroboh masuk ke pengkalan sistem pertahanan united stated lebur begitu sahaja,..agak kecewa dengan itu semua..aku pun terus terkejut dan semakin bersusah hati memandangkan ape yg telah terjadi...segala air yang berada pada sistem saraf badan aku sedikit demi sedikit keluar kerana ketakutan yang amat sangat kerana memikirkan salah satu harta kepunyaan aku yang rosak terbakar..waaaa!!!!
tapi dengan penuh tenang aku cuba untuk mencari tahu punca yang telah terjadi..dengan bergabung kekuatan bersama pembantu yang masih tidak rasmi si mereng...aku terus mengeluarkan skil-skil yang telah aku tuntut ketika aku bertapa bersama brother-brother dan bos aku ketika aku bekerja sebagai seorang pembaik pulih komputer..
P E N U T U P_______T I R A I
setelah berhempas pulas keringat peluh masin..akhirnya aku dapat mengesan punca kepada terjadinya anasir-anasir jahat terhadap komputer aku ini..
rupa-rupanya power supply aku terbakar dan menjejaskan sistem saraf dan perjalanan darah untuk komputer aku...aduyai!!! duit lagi kena kuar..~
thankz to : mereng
Thursday, January 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment