Tuesday, February 23, 2010

RE A L I T IS E K A R AN G

Biasa lah...kate insomnia..
waktu-waktu camni perkara biase bagi insan-insan terpilih macam kita ni kn...

ape lagi yang aku le buat untuk hilangkan bosan pagi macam ni..
aku pun memenuhkan pagi aku dengan membaca ruangan-ruangan golongan bijak pandai yang selevel dengan para cendiakawan masa zaman destinasi china dulu...agaknye la...

sampailah aku terbaca satu ruangan yang betul-betul mengusik jiwa aku yang ketika itu penuh dengan kekosongan...mungkin ade yang betulnya ape yang telah diluahkan oleh beliau dan aku sememangnya amat setuju dan mungkin akan menjadi peminat setia beliau walaupun kekadang tu aku amat bengang dengan sikap beliau yang terlalu memprejudis hak dan kerabiliti orang lain..mungkin setiap orang mempunyai pemikiran jauh masing-masing...

aku harap bile satu hari nanti die terbaca atau terbukak ruangan sampah aku ni dan ternampak aku mempamerkan hasil luahan beliau diletakkan di ruangan ini..diharap janganlah terlalu emosional sangat kerana aku hanyalah sekadar 'meminjam' hasil pikiran beliau yang mungkin bagi aku sangatlah bernas dan 'masyuk gile' bagi aku untuk dikongsi bersama pembaca ruangan sampah aku ini ...
barangkali mungkin aku terlalu malas untuk berfikir dan menaip.jadi inilah hasilnya....


H U M A N I S T I K B U K A N F I K S Y E N T E T A N G S A I N S T I F I K

Seorang lelaki keluar dari kereta mewahnya. Badan gempal dalam maksud aku ialah gemuk-tua dan juga sudah berkepala botak. Mungkin usianya sudah menjangkau 40 tahun. Di sebelah lelaki itu ada seorang gadis dalam lingkungan 20-an. Cantik dan nampak high fashion. High fashion untuk mereka yang meminati jenama seperti Guess, Prada dan yang bersamaan dengannya.

Keluar sahaja, dia memeluk pinggan gadis tersebut. Satu pelukan yang erat. Ya, kita semua akan tahu, mereka adalah pasangan yang dilamun cinta.

Kemudian aku terfikir, kenapa semua perempuan mahu lelaki kaya supaya mampu membahagiakan mereka dengan wang ringgit. Manakala si lelaki pula menang dengan segala nafsunya untuk meratap tubuh gebu si gadis.

Mungkin juga wang ringgit dan nafsu mampu memberikan kebahagiaan. Ia syurga dunia buat-buat mereka.

Hak mereka, kehidupan mereka, biarlah mereka tentukan sendiri. Tapi aku juga berharap supaya masih ada orang tidak pandang semua itu.

Mahu hidup susah, melihat dunia bukan dari kaca mata wang ringgit. Bukan dari celahan hotel-hotel lima bintang. Bukan dari tingkap kereta mewah. Cuma mahu melihat dunia dengan debu-debu kotor.

Dari situ kita akan belajar tentang dunia ini. Tentang kehidupan ini yang penuh warna warni. Macam mana orang boleh hidup dengan hanya mengunakan air sungai. Macam mana orang boleh masih lagi bernyawa dengan hanya berbumbungkan daun nipah sahaja.

Kalau boleh, jika aku punya masa nanti, aku mahu melihat tamadun dari prespektif lain. Bukannya pergi ke pameran seni yang berhawa dingin kemudian mengangguk-angguk menunjukkan aku seorang yang ambil berat tentang ketamadunan dunia. Itu sudah kira hipokrit jika aku berbuat demikian. Kerana aku adalah seorang yang bersifat fizikal, mahukan cabaran bukannya bersenang lenang sambil memeluk tubuh dengan satu tin beer ditangan.

Satu hari, aku berharap ada orang yang faham. Dunia ini bukan sahaja untuk dilihat pada kemodenan atau keindahan sahaja. Macam mana orang yang gemar untuk bercuti ke pulau sambil pergi scuba diving dan minum air kepala sambil berjemur dengan cermin mata urbanisasi. Bukan juga untuk ke bandar-bandar besar bagi membeli belah. Tapi orang yang boleh menghayati kehidupan ini dari mata kanak-kanak yang terbiar, ibu-ibu yang kehilangan suami akibat perang, dan orang-orang yang masih lagi menetap di pinggiran sungai.

 
  di petik dari petikan  I AM STRADUST

No comments:

Post a Comment