Tuesday, March 2, 2010

P E R C U B A A N H U R A I A N

FASA 1
hidup ini jangan terlalu beriya-iya sangat...kata orang yang dah berumur dan boleh dikategorikn sebagai kata orang-orang tua, 'sesuatu'perkara yang paling kita sayang sekali itu lah perkara yang paling susah sekali untuk kita sayang..lebih sama juga dengan gabungan perkataan yang mengatakan bahawa tidak semua benda yang kita iyakan adalah betul..ahahaha~

FASA 2
jangan terlalu taksub dengan 'sesuatu' yang belum pasti akan menjadi hak kita dan jangan jadikan sesuatu itu untuk kita berjaya suatu hari nanti...kerana pertanyaan yang agak membingitkan telinga aku baru-baru ini memang agak menghentam hati aku untuk terus berfikir dengan lebih rasional dan sempurna.

FASA 3
betulkah kejayaan kita suatu hari nanti adalah disebabkan dorongan 'sesuatu'pada fasa 1 sedangkan melalui teori pada fasa 2 kite terlalu taksub dengan dorongan 'sesuatu' tersebut untuk kita berjaya pada masa akan datang...

FASA 4
mungkin kelak kite akan jatuh dan terus jatuh kerana ketaksupan kita pada fasa 3..kita terlalu berharap kehidupan kita akan sempurna oleh perancangan yang dibuat dari awal hingga akhir demi kesempurnaan yang ingin kite kecapi untuk 'sesuatu' seperti rujukan pada fasa 1 2 3...kita terlalu yakin dengan perancangan kita tanpa memikirkan kesempurnaan yang kita miliki..

FASA 5
konklusi yang kebarangkalian lebih kepada kesempurnaan jawapan itu sendiri..kejayaan yang kita impikan dan kecapi untuk masa akan datang adalah bukan kerana untuk kesempurnaan orang lain,bukan untuk kesempurnaan cikgu,polis,bomba,perdana menteri,ustaz,ustazah,angkasawan negara,pelari pecut negara,pemain bola negara tetapi adalah untuk diri sendiri dan kerana diri sendiri,jatuh bangun kita ditentukan oleh diri kita sendiri,tiada siapa yang dapat membantu bila kita jatuh dan tewas...

FASA 6
kehidupan yang sempurna akan di pandang oleh mata-mata yang sempurna ,manakala kehidupan yang sebaliknya akan dipandang oleh mata-mata yang cacat bahkan buta..bagaimanakah mata yang buta dapat melihat dan memandang?
percaturan kehidupan kini amatlah kejam dan serong,tiada siapa lagi yang dapat dan mampu mempertikaikan tentang kestabilan perundangan kehidupan manusia pada masa kini yang sudah sedia ada,orang lain tidak diperlukan lagi untuk pembetulan kesalahan yang cube kita huraikan...

FASA_________PENGHUJUNG
teringat pada masa sekolah dulu...kalau tak silap ketika itu aku berada di darjah enam..cikgu matematik aku bernama cikgu fazari yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan bengis...iengoklah sendiri,betapa kuatnya ingatan aku..hehehehe ~dia pernah berkata dan barangkali kata-kata hikmah itu memang khas ditujukan untuk aku...cuma aku je kot yang bebal sangat tidak menghiraukan ape yang dileterkan ketika itu...
dengan nada sinis die berkata ;
engkau tu dah la bodoh!!cuba jangan sombong sangat berlagak macam pandai,orang lain ajar dan ajak berbincang cuba dengar dan pahamkan..jangan selalu buat kesimpulan yang boleh merosakkan diri sendiri...
'jangan bodoh sombong!!'

terngiang-ngiang sampai sekarang kata-kata azimat itu ~

4 comments: