Sakit tekak -----> Selsema ------> Sakit dada -------> ??
Bangun pagi rasa macam salur pernafasan ni dh tersumbat, tak boleh nak bernafas macam biasa,diselangi pula dengan batuk yang sememangnya amat mengerikan dari segi kepekatan bunyinya,di situ sudah dapat melambangkan kepekatan kandungan campuran yang tercipta hasil batuk tersebut."kaler"campuran itu juga telah memberi seribu amaran bahawa sesuatu akan terjadi selang beberapa jam selepas itu...
****
Puas aku meraba-raba di atas lantai mencari minyak panas"wick" untuk disapukan di dada ketika itu..teringin hendak ke tandas,terasa seperti aku berada di ruangan yang aneh bile kepala ini di ubah posisi kepada menegak.. tibe-tibe terase seperti semuanya berpusing dan lintang pukang.
dang!!
aku terjatuh dan rasanya tidak mampu untuk bangun semula..aku pandang jam yang berada di skrin telefon bimbit aku,tepat pukul 12 tgh hari..alamak kerja?!!
kring!!..kring!!.......kring!
"Big bos"....nama itu terpapar di ruangan called ....
No comments:
Post a Comment