Terasa lebih bersemangat untuk terus hidup seperti hari yang lepas-lepas.Asam pedas,sayur kangkung belacan,sambal ketuk pasti dah lama sangat menuggu aku di sana.Lagi -lagi ibu aku yang menjadi chiefnye tanpa dibantu oleh siapa-siapa.maklumlah semuanya lebih cnderung ke arah bola sepak dalam adik beradik aku.Mana ade masa nak layan masak-masak ini.Kesian ibu aku yang terpakse lalui hari-harinya di dapur dengan seorang diri,adalah jugak kadang-kadang kami semua datang membantu,tapi rasanya lebih baik kalau kami tidak membantu kerana kebarangkalian kesempurnaan masakan itu lebih baik bila ibu seorang sahaja yang ade di dapur untuk menyiapkan makanan untuk semua..hahahaha!!
Tidak sabar rasanya hendak pulang ke kampung,pasti perjalanan itu agak meletihkan kerana aku terpakse mengharungi beberapa buah negeri untuk sampai ke destinasi.ah!! itu semua tidak penting asalkan terubat rindu hati ni bila dapat melihat muka yang tersayang ibu dan ayah.
Nasib baik si dia ada untuk jadi peneman nanti.Berbunga rasa hati..
Alamak!! kondusi kereta ?
No comments:
Post a Comment