Tadi aku jawab exam. Boleh la jugak. Tapi itu tak penting. Aku keluar awal exam kali ni. Riang. Walaupun aku bukan boleh jawab semua pun. Balik rumah macam biasa.
Balik rumah, aku melepak dengan kucing baru yang bernama "Si Bertompok-tompok". Celaka gak kucing ni. Kerja nak mencakar je. Kemudian, kawan aku pulak baru balik rumah. Kami cerita-cerita pasal "ijazah".
"Kenapa kau kejar sangat ijazah ni?", aku tibe-tibe tanya.
"Hmmm.""Sebab nak kerja", beliau menjawab. Nada agak tak pasti dengan jawapan.
"Kalau kau betul nak kerja, kau boleh berhenti belajar sekarang, sekarang jugak kau boleh kerja", aku beritahu dia.
"..", beliau terdiam sekejap.
"Tapi nak kerja sekarang kena ada benda-benda tu, baru orang pandang nak amik kita kerja", beliau menyambung.
"Kau bagitau aku siapa orang paling kaya kat Malaysia yang pegang ijazah paling hebat?", aku terus menambah.
"Aku rasa mereka kaya kerana berniaga bukan kerana ijazah", terus menerus aku tambah.
"Memang la..... hmm", beliau agak akur dengan pendapat aku yang tak seberapa ni.
"Cuba kau tengok Rooney, dia kaya pasal sijil dia ke?", tiba-tiba aku kaitkan Rooney. Padahal takde kena mengena pun.
"Tapi kat Malaysia lain", beliau cuba mempertahankan pendapat.
"Ok, kalau macam tu cuba kau bagitau, kerana apa ko mengejar bermati-matian ijazah ini?", aku mengulangi soalan awal tadi.
"Hmm... pasal.. nak orang pandang kot, nak megah mungkin, nak orang pandang", akhirnya beliau memberi jawapan yang berlainan berbanding tadi.
"Hmm.. Kan", pendek jawapan aku berikan.
"...", beliau senyap. Muka bagai memikirkan sesuatu.
"Cuba ko pikir pelan-pelan, apa sebenarnya yang kau kejar. Amik masa sikit. Balik pada Tuhan kau.. Mintak dia tunjuk jalan yang betol untuk kau.", aku terus bercakap untuk menutup perbualan.
Untuk perbincangan lebih lanjut boleh la disarankan untuk melawat di sini http://otakdanjantung.blog
(dipinjam dari petikan blogger kawan aku )
pert doherty
"Cuba ko pikir pelan-pelan, apa sebenarnya yang kau kejar. Amik masa sikit. Balik pada Tuhan kau.. Mintak dia tunjuk jalan yang betol untuk kau."
ReplyDeletetapi...kalau masih lagi BEBAL..balik la kmpg..tanye kat ibu ayah kite..!ade x salah kite wat kat die..hurmmm.. (^.^)
bebal???
ReplyDeletetunggu raya nti la bru tnye,pas 2 mintak maaf sekali~