Aku susah untuk rasa pissed off pada orang lain. Mungkin aku seorang pemaaf. Aku bukan jenis orang yang simpan dendam beribu-ribu lemon. Kamu boleh tanya kawan-kawan aku. Boleh kira dengan sebelah tangan berapa kali aku marah, atau tinggikan suara dalam setahun. Kalau aku marah sekalipun, cuma bertahan paling lama pun satu jam. Sebab aku akan rasa bersalah lepas marah.
Tak tahu kenapa.
Mungkin boleh masuk Seven Wonders of the World kot.
Aku kadang-kadang teringin nak terasa marah sampai kaki tangan semua boleh jadi seringan-ringan alam. Kalau orang salah cakap sikit, terus backhand laju-laju. Lepas tu, tendang kalenjar cepat-cepat.Baru mereka rasa macam mana berkawan dengan orang yang sedemikian.Kalau kite ni 'slow' dan 'cool' dikatanya kita ni manja dan tidak berkeyakinan.Bukannya apa, just nak rasa macam mana rasanya jadi seorang yang kurang sabar. Orang yang luarannya macam abang kawasan, tapi dalam hati ada taman.
(Teringat kata-kata angkuh mafia yang sudah aku anggap macam abg sendiri)
Ketika aku marah, aku selalu berfikir, mungkin satu hari nanti, aku berada pada tempat orang yang kena marah tu. Atau mungkin satu hari nanti aku akan berada pada tempat orang yang kena shoot laju-laju itu. Dunia ini karma. Dan sekarang, Tuhan memang bayar cash. Aku ada bukti.Oleh sebab itu aku lebih suka berkata-kata bagi menghuraikan ketidakpuasan hati aku tentang sesuatu yang aku rasa sememangnya mencabar keseimbangan yang cuba aku pupuk.
Pengalaman mengajar aku untuk bersabar. Pengalaman mengajar aku untuk handle problem dengan rational dan bukan dengan emotional. Aku tak perfect tapi cuba untuk mengejar kesempurnaan itu. Dulu aku cukup benci orang yang mengejar kesempurnaan, tapi Tuhan itu Maha Adil. Karma atau kebetulan tetap ada di mana-mana.
Sekarang aku pula nak bergelar Perfectionist.
Bagi aku, orang yang tengking-mengking adalah orang yang cuba nak menutup kelemahan diri. Orang yang cuba mengaitkan kehebatan manusia lain dengan diri seseorang adalah teruk.Terlalu membanggakan diri selepas kehidupan yang ditempuhi sebelum ini berjalan lancar seperti biasa tanpa rasa kejatuhan.Sama lah seperti orang lain, cuma yang membezakan adalah setiap manusia mempunyai ideologi yang berlainan.Macam skunk guna bau busuk untuk protection, tapi kamu guna suara kamu dan kata-kata kamu yang tajam untuk guris dan takutkan orang lain.
Pernah kamu fikir kenapa rakan-rakan kamu kebanyakan berasa segan akan kamu,yang kamu tahu kamu selalu berada di landasan yang lurus dan tepat seperti 't-square' yang bersudut 90 darjah tepat tanpa sedikit pun bengkok.Kamu bangga dengan kata-kata azimat kamu yang sering membuatkan kamu berasa pada lingkungan selamat.
Mereka akan tunduk dengan cara kamu pada mulanya .Percayalah kamu akan lihat mereka bangkit semula bila kamu sudah terkeluar dalam lngkungan zon selamat kamu.Di situ kamu akan lihat kawan-kawan kamu yang dahulunya rapat dengan kamu,dengar akan kata kamu,mengiyakan apa yang di luahkan oleh kamu akan bertukar menjadi kepentingan sendiri.Tidak perlulah aku menerangkan dengan lagi dalam kerana biar semua itu terjadi dengan sendiri kepada diri kamu.Sekurang-kurangnya kamu merasakn apa yang telah kamu guriskan pada hati rakan-rakan kamu.
Baru la 'fair' dan 't-square'. Betul ke tidak?
Saturday, May 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment