Pak Kadran dengan muke yang serius dan bengisnya terus menerus menyiapkan roti canai yang ditempah oleh pelanggan dan sedikit pun tidak menghiraukan ape yang terjadi disekelilingnya.
Aku dan acit perhati pemuda yang tidak berbaju itu sambil menghirup sedikit air teh panas dengan cara abang-abang.Sambil perhati, aku ratah dengan agak rakus ayam goreng di atas pinggan pakai gigi depan.Acit capai bekas yang berisi penuh dengan lidi pencungkil gigi.Sambil perhati acit sempat menyungkil-nyungkil gigi atas bahagian depannya dengan lidi tersebut.Aku dengan acit nampaknya tak berhenti lagi perhati ke pemuda tersebut.BIla acit dah betul die punya ' tune ' lidi,perlahan-lahan aku letak semula ayam tadi.
"Dah le ON ke cit?" tanya aku.
AAAAAAPPPPPOOOOOOKKKKKKKK!!!! herdik acit dengan nada garau dan mantop.
Aku hanya senyum nipis sambil menghembus asap rokok kretek sambil duduk kaki bersilang.
Tatkala itu juga pemuda tidak berbaju itu tersentap dan menoleh ke arah aku dan acit.Wajahnya macam nak kena tendang.Biasanya wajah begitu kami semua akan balas di atas padang dengan terjahan keras dari belakang.
Kebetulan seorang pelanggan yang berada di situ juga terkejut dengan sore garau acit dan cepat-cepat bayar dan berlari-lari anak ke arah motor untuk cepat-cepat pergi dari situ kerana takut.
Pemuda tidak berbaju itu sempat berkata kepada pelanggan tersebut.
"Ko dah nak balik ke? hati-hati bawak motor tu,kt luar sana ramai orang gila berkeliaran."kata pemuda tidak berbaju itu dengan nada serak-serak basah .
Aku dan acit tersentak dengan statement pemuda tersebut.Aku cepat-cepat tunduk main toreh meja.Acit buat-buat ' tune' api lighter.Masing-masing muke bertukar kebiruan tahan dekah.
p/s : Sape gila sekarang ni.Orang-orang kat luar sana ke atau apok?

No comments:
Post a Comment