Siang tadi cuaca mengalahkan macam dekat tengah laut.Bergelora semacam je sambil petir dan angin jadik kawan karib main laga-laga pedang dua tiga kali miss tak kena pada sasaran.Selama hampir seminggu selepas ditolak mentah-mentah suam dari mendapat kerja di anak syarikat Donald Trump,tak ada satu pun hal berjasa yang aku lakukan setimpal dengan kekerapan aku memakan nasi di rumah ini.Mungkin awal subuh esok jika cuaca baik akan aku bangun seawal yang mungkin.Menunaikan tugas aku sebagai hambanya,dan seterusnya terus menerus akan aku hidupkan mesin rumput kepunyaan jiran sedara aku dan menebas apa-apa yang patut di sekitar rumah ini termasuk kaki tenggiling.Mudah-mudahan.
****
Saat ini dengan bertentangkan poster panda gemuk yang aktif dalam dunia kungfu hasil rompakan bersenjata yang telah aku jalankan dua tiga tahun lepas ke atas koleksi kepunyaan adik aku.Bersulamkan dengan tin minuman yang tak berapa keras sebagai tempat pelupusan sisa-sisa surya aku.Aku ambil jalan mudah dengan hanya menggunakan lampu henset sebagai alat yang menerangi hidup aku ketika ini.
Hujan renyai-renyai.Tapi itu tidak melunturkan semangat aku untuk terus berada tepat di depan screen komputer.Untuk suasana yang lebih nyaman dan pengaliran udara yang lebih teratur dan baik supaya tidak sesak dengan asap surya,aku terus menghidupkan penghawa dingin di skala 28 membawa ke 30 darjah dari paras laut.
Ah sudah!! Buat hal ..


No comments:
Post a Comment