Tuesday, August 31, 2010

R E N U N G A N

Gua dengar pak imam baca doa dan talkin ke atas si mati.Gua berdiri agak jauh dari kubur untuk memberi laluan kepada saudara mara si mati yang terdekat.Gua tadah tangan sambil mengaminkan doa yang di baca pak imam ke atas si mati.Waktu itu yang ada hanya wajah-wajah yang suram,tunduk membisu,teresak-esak,termenung jauh,mata semua tertumpu ke arah kubur yang baru lepas di timbus.Ada anak kecil dua tiga orang yang bertanyakan pelbagai soalan ke atas ibu mereka kenapa,mengapa,bagaimana,semuanya cenderung ke arah keinginan yang membuak-buak.Si ibu hanya diam membisu dan terus mengusap rambut si kecil itu sambil berharap anak itu terus senyap.


Gua sempat curi sedikit masa melihat suasana tanah perkuburan tersebut yang separuh daripadanya dipenuhi dengan kubur-kubur orang islam yang lain.Sunyi dan redup mata memandang.Gua lihat kutu-kutu lain yang berada di situ yang dahulunya lancang berkata,raja ketawa,samseng jalanan,kaki rempit,kaki perempuan,kaki bangku dan kaki bola semuanya diam terpaku.Hilang segala pangkat-pangkat,darjat dan kekuasaan mereka.Semuanya sama rata tanpa ada sedikit pun perbezaan maruah diri yang dulunya dicanang kesana sini.Gua diam seketika sambil teringat seorang ulama pernah berkata


Quran berkata kamu terlalu sibuk menimbun,menghitung,memperbaiki karier kamu,wang kamu,pekerjaan dan kekayaan kamu sehinggalah kamu masuk ke dalam kubur.Cuba kamu fikir,bilakah kali terakhir kamu menziarahi upacara pengebumian mayat? Bagaimana kelakuan orang di sana? Adakah mereka seronok berjenaka?Adakah mereka menari? Adakah mereka bertepuk tangan sambil menyanyikan lagu-lagu?

Tidak!!mereka diam.... !

Mengapa? kerana setiap orang yang menghadiri upacara itu,melihat mayat yang terlantar di tanah,perkara pertama yang mereka akan fikirkan adalah suatu hari nanti,saya juga akan terlantar begitu...





Takziah kepada Faiz bin saaban atas pemergian ayahanda beliau ke rahmatuallah.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan golongan-golongan yang beriman dan terpelihara.....amin.
Tabah menghadapi ujian Allah S.W.T

2 comments: