Wednesday, September 22, 2010

D A R I S U D U T K E L A H I R A N

Gua ingat bila tiba harijadi gua nanti.Gua hendak buat secara besar-besaran.Gua hendak pasang kanopi banyak-banyak yang kaler biru letak depan rumah,balai pun gua ingat hendak letak dua tiga juga.Gua mahu pesan katering yang paling mahal dan sedap.Masakan barat dan tradisional itu memang dah jadi budaya pemakanan gua dari kecil lagi,apatah lagi untuk majlis besar-besar macam ini.Gua hendak undang tokoh-tokoh yang disegani dari pangkat prebet sampailah ke eksekutif penjualan.Tidak lupa juga para artis yang timbul mahupun tenggelam.Tidak kira la yang tengah panas dengan skandal seks masing-masing.Gua akan pandang sama rata tanpa ada sedikit pun rasa iri hati.Kata satu malayisa.Tetapi kalau ada tetamu yang dari golongan india mungkin gua akan buat satu sesi khas bagi mereka-mereka untuk melalui proses penapisan.Maklumlah,gua tak nak semua tetamu jemputan gua nanti cakap belakang sama gua.


Gua akan letak karpet merah untuk para tetamu yang hadir nanti.Gua juga akan pastikan majlis gua ini akan dibuat secara liputan langsung dari siaran espn Astro.Segala perlawanan bola yang bertentangan dengan majlis gua hari itu.Gua akan 'kick'.Kek gua ingat adalah dalam dua puluh dua tingkat bagi sama rata dengan angka umur gua sekarang ini.Bagi guna tangga bila hendak tiup lilin nanti.Dah terlanjur hari kelahiran gua jatuh pada hari raya.Mesti ramai yang akan berbisik-bisik dan bercakap belakang pasal gua.Untuk menutup segala kemaluan gua itu.Gua akan sogok para tetamu gua dengan 'angpau' yang berisi dengan wang saguhati dan gua akan pastikan gua akan senang berurusan dengan mereka-mereka pada hari yang mendatang nanti.Gua akan pastikan juga majlis gua kali ini akan menduduki carta paling teratas paling meriah dan tercatit dalam 'book of record'.


*****


Tapi gua cepat tersedar dari lamunan.Gua sedar-sedar je.Telur dengan tepung dah penuh atas kepala gua.Adalah dalam dua puluh dua biji telur telah dipecahkan secara sengaja di kepala gua.Tidak cukup dengan itu.kepala gua juga diuli sehingga sebati dengan tepung hasil pencurian kutu-kutu yang tak bermaruah.Baju gua,seluar gua,seluar kecil gua,semua dibagi sama rata tanpa belas kasihan.Gua dah tak fikir apa masa itu.Badan gua tiba-tiba mula keluar api biru.Gigi gua sombeng dua tiga pasang berlaga atas bawah sebab geram.Tangan gua menggeletar tak tentu pasal.Rambut gua tak semena-mena bertukar kaler kuning kemerah-merahan dan berasap-asap.Monyet,beruk,tenuk,tapir,iguana,memerang,gajah, dan harimau yang mengendap gua dari celah-celah semak dan ranting pokok masing-masing lari menyelamatkan diri sebab takut.Mata gua masa itu tak payah cerita.Mata helang pun kalah.Gua jeling satu-satu kedudukan kutu-kutu.Gua bangun lambat-lambat dan terus lari laju-laju terjun dalam paya sebab hendak selamatkan diri.


Lepas ini gua akan pastikan dan semestinya akan tetap gua pastikan,gua akan catit tarikh lahir setiap kutu dalam telefon mudah alih gua.Bila tiba masa telefon gua tanpa disuruh akan mengeluarkan bunyi-bunyi tanda ketibaan hari pembalasan!





Gua ingat nak terjun dengan moto tu sekali..
igt muka bapak gua kt rumah..gua gentar!



Lu nmpak kutu yg x pakai baju tu!
steady dengan badan taf dan suar koyak2 dia..


Kutu tu tetap steady sampai bila-bila!

2 comments:

  1. sape sial? itik ke? hahaha.. rambut lu da mcm bob marley bila lompat.

    ReplyDelete
  2. ahhahaha!! yg steady tu ...mesti la binatang..spe ag..nme pun itik kn...bob marley mcm gua la syial~

    ReplyDelete