Friday, September 3, 2010

S A L A M P E R A N T A U A N

Sempena hari baik bulan baik ini.Gua tak nak ketinggalan untuk membuat ucapan selamat hari raya yang bakal menjelma tak lama lagi.Walaupun terasa sebak hati ini sebab tak dapat balik raya buat kali kedua berturut-turut.Lagi sekali terus hatrik.Gua tetap 'steady' menjalani hari-hari mendatang gua dengan optimis.Di sini juga gua sempat lampirkan satu gambar untuk tatapan semua.Di harap ibu,ayah,adik-adik dan tunang gua dapat bersabar menunggu kepulangan gua.Tinggal lagi setahun je gua lepak sini.Tidak lupa juga buat kutu-kutu seperjuangan gua di sana.Berhati-hati bila nak cucuh api meriam buluh buatan sendiri.Pastikan keadaan sekeliling betul-betul aman.Gua ingat lagi dulu nyaris-nyaris muka gua koyak sebab gua tak perasan muncung meriam tala tepat kat wajah gua.Nasib baik gua sempat melompat gaya bebas untuk elak.Betul?


Ok!Nak dijadikan cerita gambar ini terhasil masa gua dengan kawan-kawan gua tengah sesat cari bazar ramadhan area sana.Jadi untuk mengelakkan pahala berkurang sebab marah.Gua pun sempat sound seorang awek sana untuk tolong ambilkan gambar.






Lepas awek tu'snap' gambar ini.
dia terus bagi gua no fon dia siap no bilik lagi.
Gua terus lempang muke awek tu!!


Kami pelajar-pelajar tahun dua dari Universiti of Hull,United Kingdom ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri 2010 kepada seluruh umat islam di Malaysia.Semoga Ramadhan & Aidilfitri tahun ini mendatangkan kemeriahan dan keistimewaan bersama kelurga yang tersayang.


Dari kiri : Mohd Azwi bin Na'aim(mechanical engineering),Mohd Shahrizal bin Razak(faculty of economics and business),Mohd hafizarif bin Md Safuan(mechanical engineering),Amin bin Karim(chemistry)




p/s : Tulisan tebal itu gua!

6 comments: