Thursday, October 7, 2010

R E T A K YANG D I I K T I R A F

Gua betul-betul hot sekarang ini.Dari minggu lepas membawa ke hari ini hubungan gua yang terjalin ketat selama ini dah semakin renggang.Bibit-bibit keretakan semakin diiktiraf.Gua buntu dalam mencari konklusi yang terjadi dalam diri gua.


Sifat ke'punk'an gua semakin hari semakin susut.Tidak lagi 'fak' merata-rata,tidak lagi merokok secara gerila di sudut-sudut yang sukar,lagu-lagu scene bawah tanah juga semakin hari semakin kurang keudara di corong-corong telinga gua,tabiat menghembuskan asap rokok tepat ke muka kunang-kunang pun semakin gua sisihkan hingga saat ini.Tiada lagi gurauan manja yang sering gua lakukan bersama harimau serbia peliharaan gua.Gua perasan akhir-akhhir ini juga,ayam belakang rumah gua semakin cuba untuk menjauhkan diri dari gua,hobi mencari jarum emas yang selalu gua lakukan di waktu petang mendung awan yang berarak bersama mereka semakin gua abaikan.Tupai-tupai liar yang selalu tebuk pisang peram bapak gua juga kini semakin sopan.


Gua ngaku sekarang ini gua dah tak 'true' macam dulu.Gua juga semakin tak 'into' dalam dunia 'punkrock' lagi.Bagi gua masa sikit lagi.Banyak sangat benda gua kena pikir akhir-akhir ini.Gua kira-kira dah dekat dua puluh dua tahun masa yang gua ambil tanpa ada pulangan yang berharga seperti emas karat pada mak bapak gua,lagikan diri gua.Takkan gua nak pegang je jawatan bangku presiden perseKUTUan penggangur dan melepak sedunia sampai lebam dan beruban.Apa kata orang bawahan nanti.Mesti masing-masing akan cakap belakang.Itu akan menimbulkan fitnah yang tak patut.


Lagi satu,takkan gua nak tengok je kutu-kutu kat luar sana bangun pagi,mandi pagi,berak pagi,sarapan pagi,minum pagi,merokok pagi.Bila petang masing-masing buat muka mintak terajang sebab penat balik kerja.Sebaliknya bagi dunia gua pula.Mana adil macam keadilan macam ini.Gua pun nak rasa itu semua.Gua rasa mulai esok gua kena biasakan mandi pagi guna air paip.Dah tak ada scene guna air panas jerang atas dapur.Mengelat namanya itu.Bukannya apa.Cuma persediaan tak nak bagi terkejut di kemudian hari.


Gambar sekadar hiasan.
Tiada kena mengena  di antara hidup ataupun yang mati.

2 comments:

  1. setakat cakap je x mo jdk penggangur terhormat..tp bgn pagi pun malas..cmne?g la crk kije sane!

    ReplyDelete
  2. kerajaan skang pandang darjat ngan kabel sape paling besar ar...ade kabel lebih x ?

    ReplyDelete