Tuesday, October 26, 2010

T E R K U J U H Y A N G T A K P A T U T

Betul ! banjir dah nak 'start'.Dekat sini hujan turun lebat gila petang-petang.Angin tak ingat,berpusing tak patut.Bumbung belakang rumah gua bergegar tak masuk akal.Harimau serbia sama beruang kutub gua lari lintang pukang menyorok celah pasu mak gua.Ada sekali tu gua perasan satu dua pasu mak gua pecah dan retak kena pijak dengan berung kutub gua.Tidak bagi harimau serbia gua yang lebih berhati-hati dengan setiap langkahan.Tapi atas asuhan yang berkesan dari gua.Semuanya buat 'line clear' tak patut.Gua geleng kepala.


Cuaca pagi sedap tak ingat bagi kutu-kutu seperti gua yang berjiwa 'punk'.Waktu tidur gua akan terasa nyaman atas sebab kejatuhan haba yang mendadak dari takat lebur yang melampau hasil pengaruh cuaca di sebelah petang..Dah tak perlu lagi gua bersusah payah curi kipas angin bilik mak gua.Semuanya berjalan lancar tanpa kelibat tupai-tupai nakal bapak gua.


Carutan yang melampau juga secara tak disengajakan akan menjadi buah zikir pada mulut budak-budak bola anarki sama pengukur jalan kampung gua.Tiada lagi deruman motor-motor yang berbilang bangsa akan kedengaran di corong-corong jalan raya kampung gua.Ini memberikan kelebihan yang tak patut sama abah-abah yang bawak kereta besar.Tidak perlu lagi menahan emosi dengan membawa secara perlahan tak ingat kerana tersangkut di celah-celah segerombolan mat rempit yang bercinta di atas motor.Tapi bola akan terus disepak dan jalan akan terus diukur kepada mereka yang 'rebel' dan tak takut petir.Betul-betul hati kering walaupun basah kena hujan!


Hujan petang juga menjadi blues bagi emak-emak dan abah-abah yang tinggal berdua di rumah.Bertemankan alunan piring hitam dek P.Ramlee, kopi pahit tak patut sama ubi rebus sambil kaki silang cara atok-atok mengenangkan anak-anak yang besar panjang yang dah pindah ke bandar untuk mencari rezeki.Hanya nostalgia pengubat hati buat rindu dalam alunan air dari awan yang membasahi bumi.


Gua juga akan mula menempah kayu-kayu jati ,bakau sama merbau bagi proses membina tempat berteduh untuk beruang kutub dan harimau serbia gua.Tak perlu lagi mak gua bersusah payah mengupah penyiasat profesional bagi mencari punca keretakan pasu beliau yang menjadi-jadi kebelakangan ini.


Selamat datang terkujuh !

beruang kutub gua suka mkn pau..pe cte!!

2 comments:

  1. beruang kutub?ke ayam katik serame?mehehehehe..

    ReplyDelete
  2. beruang kutub la...nti balik sni..owg tunjuk kt reban belakang ni ha..

    ReplyDelete