![]() |
Pembeli rokok winston tegar di masa dulu kala |
Gua tak nak cakap banyak sangat kali ini.Sebab gua dengar akhir-akhir ini cakap banyak boleh menimbulkan cakap belakang yang tak patut sama jiran sebelah rumah gua.Cuma tadi masa gua tengah lepak dengan kutu-kutu kat warung kampung gua.Gua terpandang satu kotak rokok winston kutu lain atas meja.
Gua teringat kisah silam gua yang sangat 'rebel' ketika menjadi pelajar yang berwatak 'antagonis' di politeknik dulu.Gua harap lepas ini kalau gua dapat sambung belajar lagi.Gua akan sedaya upaya sembunyikan sikap gua yang suka memeras ugut tak patut sama kutu-kutu lain.Gua awal-awal akan memberi nasihat kepada kutu-kutu lain yang baru gua kenal.Jangan sesekali cuba-cuba menghembus asap winston tepat ke muka gua dan kalau boleh jangan bagi gua terbau sedikit pun aroma winston tersebut.Sebab apa?sebab lu orang belum jadi mangsa atas ketidakadilan sistem pembeli rokok tegar yang kerap diperas ugut oleh pemeras ugut rokok tegar macam gua ke atas kutu di atas!
Jangan salahkan gua.Tapi salahkan sistem demokrasi negara ini yang menggunakan hasil penjualan tembakau sebagai salah satu punca pendapatan sekaligus menjadi watak utama dalam kestabilan ekonomi negara dalam penyumbangan dana kewangan bagi sistem akademik di negara ini.Tak ada gua juga.Sistem kemasukan hasil cukai tembakau akan sedikit lembap hasil pelambatan kutu di atas untuk membeli rokok sebab rokoknya lambat habis tak kena pau dengan gua.Dengan ini natijah yang amat bermakna dapat disimpulkan bahawa peranan gua dalam menggerakkan sistem rantaian penjualan dan ekonomi negara ini amat penting.
Gua juga dapat tahu,kutu di atas kini sedang sibuk berusaha menghabiskan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda dalam bahagian new media yang sememangnya agak susah dan gempak.Atas ketidak stabilan kewangan yang dihadapinya gara-gara kesan dari tindakan gua dulu.Sekarang ini beliau sudah bertukar arah kepada jenama rokok lain yang lebih ternama dan murah.Di pahamkan jenama tersebut pernah di bawa ke muka pengadilan antarabangsa atas sebab tuduhan yang tak patut.Apa jadah letak nama rokok astro.Tak ada nama yang lagi 'rebel' nak letak ke apa.Letaklah nama media prima ke,rtm ke,siaran berbayar ke.Baru 'true'.Ah! itu semua pun gua nak kena ajar ke?.Cilaka betul lah!
better ltak nme rtm la...
ReplyDeletebwu goverment skit rasenye... wakakaa....
ish ko!! ko x nmpk skang ni pihak gomen ngah benteras cukup2 pasal rokok...gile lu!!
ReplyDeletetaw xper.. tp diewog isap gak... hampeh...
ReplyDelete