Thursday, November 11, 2010

T E O R I K E M A T A N G A N

TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL DAN ROBERT HAVIGHURST


ARNOLD GESELL
Melalui teori kematangan yang dipersembahkan oleh Arnold Gesell.Berfokus kepada penyelidikan kajian ekstensif beberapa orang kanak-kanak.Kanak-kanak diumpamakan seperti tumbuh-tumbuhan.Menekankan kesediaan dan kematangan dan mendapati kanak-kanak secara semula jadi bersedia membaca apabila umur mentalnya sudah mencapai 6 ½ tahun.Melihat kematangan biologi sebagai perubahan fisiologi dan neurologi yang tidak dapat dikawal.


Selain itu,Baka juga menjadi sebagai faktor utama, mempengaruhi perkembangan diri seseorang individu, jika baik bakanya baiklah individu yang akan terhasil.Kelancaran proses perkembangan individu dipengaruhi oleh kematangan fizikalnya dan menekankan perkembangan fizikal kanak-kanak.Melalui teori beliau juga,perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan dan perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu.




"Mereka perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak perlu dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut."
                                                                                          ARNOLD GESELL
                                                    
                                                                                                      
ROBERT HAVIGHURST
Melalui persembahan yang dibuat oleh beiau pula.Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran masyarakat tersebut dan lebih menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya.Pada setiap peringkat perkembangan manusia ada tugas yang perlu dicapai.Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagiaan kepada individu.Manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya.


Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat.


****


Di sini bagi gua,tiada beza di antara kecepatan dan kelambatan perkembangan kematangan bagi seseorang itu.Mungkin bagi segelintir masyarakat kini sudah terlalu disogok dengan budaya barat dan kebandaran yang terlalu kerap.Manakala segelinitr masyarakat yang lain pula telah disogokkan dengan budaya ketimuran dan kekampungan yang terlalu kerap.Oleh itu,terdapat perbezaan kematangan dari hasil persekitaran,nilai-nilai,norma dan budaya masyarakat sekeliling.


Mungkin juga ramai remaja-remaja masa kini yang berhijrah ke bandar untuk menimba ilmu telah mengalami apa yang dikatakan 'culture shock' dan akan tercari-cari rentak yang perlu diikuti.Oleh itu pembawakan sifat matang dari dua unsur ini serba sedikit akan menampakan kelemahan pada diri masing-masing.Tidak perlulah bersifat menilai atau membandingkan sesuatu kesempurnaan diri sendiri terhadap kelemahan orang lain yang sememangnya kedua-duanya masih rapuh untuk diperkatakan.Kedua-dua unsur ini jika dipandang dari sudut positif akan memberi satu kelebihan kepada sesuatu masyarakat itu sendiri yang saling memerlukan dalam berkongsi memperbaiki kelemahan masing-masing.Bagi gua......




"orang matang tidak akan mempertikaikan kematangan seseorang itu seperti orang yang baik tidak akan memperkatakan dirinya baik"





2 comments:

  1. "Mereka perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak perlu dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan
    tersebut."


    ps : 'dah tu..kalau da tua bangke x tau hale tuju..nk swo mak ayah payung smp tua ke?haishhh'!..tu ke namenye 'perlu diberikan peluang?'

    ReplyDelete
  2. ni dari konsep kematanganlah sis...mne de kne mngena ngan mak ayah payung ke ape...org dh kawin anak tiga pun kdang2 anak2 die mak ayh bapak bdak tu yg support..tp bpak bdak tu still matang kn...ni dari konsep lain la..

    ReplyDelete