Saturday, April 16, 2011

H E R O

Macam biasa,seperti yang gua selalu katakan dulu.Hidup macam pusingan roda,kejap di atas.Kejap lagi kita rebah tersungkur.Itu hal yang selalu gua tanam dalam pala otak gua.Macam brainwash diri sendiri.

Sedar atau tidak,mungkin kau sahaja buat-buat tak nampak.Masa kau jatuh rebah.Berapa orang sahaja yang mahu berada di sisi.Teman kau,pimpin kau semula.Kemudian ajak kau bangun kembali.

Berapa orang?Boleh dibilang dengan sebelah tangan sahaja bukan?Dalam usia 23 tahun,gua dah lalui jatuh bangun berkali-kali.Perkara yang membuatkan gua semakin lali dan membuatkan gua menganggap sesuatu yang biasa sahaja.

Tapi kawan,gua percaya bahawa setiap masalah yang datang itu akan lebih mendewasakan kita.Mematangkan kita tentang dunia yang begitu kejam ini.Dunia ini memang kejam kawan!

Dia buai kau kemudian dia tikam kau dari belakang dengan rakus.Kau akan merana,terkapai-kapai meminta bantuan.Sedih dan sakit itu kau sendiri yang telan.Orang mana pernah nak ambil peduli pun apa yang kau rasa.

Jelas bukan? Hidup hanya seorang sahaja.

Namun kawan,gua selalu berterima kasih.Kerana gua punya seorang sahabat yang selalu menunggu gua saat lemas.Masa lemas itulah dia datang menyelamatkan gua.Beri gua makan,beri gua senyuman. Kau tahu siapa kau,tanpa gua sebutkan siapa diri kau.Sebab kau sahabat gua.Kau tak perlu beriya untuk katakan pada dunia yang kau adalah hero yang selalu selamatkan gua.

Hero yang gua maksudkan,adalah seorang wanita yang kini usianya semakin di mamah dunia.Kesihatannya yang dulu sehat dan kuat kini sebaliknya.Dan yang paling penting,perempuan yang mempunyai lauk kegemaran sama dengan gua.Asam pedas!

Dalam setiap doa gua pada tuhan,izinkan gua mati dahulu sebelum dia.Sesungguhnya gua tak boleh hidup tanpa wanita ini.Dia adalah tunjang inspirasi untuk gua meneruskan kehidupan ini,tidak pernah sekali untuk putus asa.

Barangkali,tanpa wanita ini gua boleh gila.Kerana dialah yang buat gua tersenyum di saat duka.Masa gua tenggelam,dia akan datang capai tangan gua.Cukup sahaja melihat wajahnya.Gua akan kuat semula.

Dia adalah dadah dalam hidup gua sampai mati.Buat gua ketagih akan kata-katanya.


Wanita ini yang bergelar ibu,mama,mak atau bonda.

Terima kasih tuhan sebab anugerahkan gua seorang ibu yang sangat indah.

4 comments: