Wednesday, October 19, 2011

M E R O S O T

Setelah menghadapi satu tanggungan yang berat bagi diri gua iaitu hendak memulihkan kembali prestasi pemikiran yang semakin merosot ke tahap ais beku,gua tanpa segan silu telah cuba untuk membaca kembali cerpen-cerpen lama,cerita pendek,sajak-sajak lama,buku-buku perang,majalah masakan,zine-zine punk rock zaman kapak merah,bahkan juga cerita-cerita dongeng zaman abah gua.


Tetapi perkara itu tidaklah mendatangkan kemajuan malah makin meningkatkan lagi tahap ketipisan ozon rumah hijau dek kepulan segerombolan asap dari surya dan kadang-kadang diselangi dengan winston yang keluar dari celah gigi gua.Kemajuan gua dalam membuat 'O' pada kepulan asap rokok juga semakin kedepan.Teh tarik menjadi peneman.


Esoknya,


Gua bangun seorang diri,dengan katil kosong dan kipas berpusing ligat.Dari jauh gua perhati satu kotak merah disaluti plastik jernih yang renyuk di atas para-para yang sudah separuh usia.Gua terus lelap dan kembali bermimpi.Gua bangun dan dia sudah tiada lagi.


No comments:

Post a Comment