perjalanan teater kehidupan aku sebagai seorang pencari tuhan semakin mencabar dari segi kerohanian dan batin...hari-hari yang mendatang nampaknya terpaksa ditempuh dengan amat berat..benteng yang dulunya kuat dan kukuh diisi oleh parajurit-parajurit yang sanggup mati demi satu sama lain kini semakin pupus mengejar mimpi indah mereka...
ramai rakan-rakan aku sudah pergi meninggalkan aku sendirian di kampung ini...mereka telah dipanggil oleh seruan untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih ekstrim..aku tumpang bangga dengan kejayaan teman seperjuangan aku yang berjaya menyambung perjalanan pembelajarannya dengan lancar...agak berat hati ini nak melepaskan mereka semua untuk berambus dari kampung kecil ini....memikirkn kehidupan suram yang pasti akan aku tempuh selepas ini....
- tiada lagi sarapan pagi bersama di warung-warung...
- tiada lagi lepak bersama sambil berlawan kad sehingga matahari terbit...
- tiada lagi minum bersama setiap malam sambil melihat perlawanan bola(EPL)
- tiada lagi beradu kekuatan bola di dalam ps 2...
- tiada lagi aktiviti-aktiviti yang agak tidak diterima akal yang kita lakukan bersama...
- tiada lagi gelak tawa berdekah-dekah kita bersama...
- tiada lagi aktiviti rutin harian kita bersama iaitu memancing toman di sungai-sungai...
pagi tadi aku diberi satu tamparan yang agak hebat seperti satu batu kongkrit yang agak sederhana besar jatuh menghempap aku...permohonan aku untuk sambung belajar di ipta pada peringkat yang lagi tinggi tidak berjaya...seperti hendak menangis berguling-guling memikirkan nasib aku yang agak huru hara...tapi setelah keadaan dapat dikawal dengan jiwa punk aku ni....
aku masih mempunyai peluang kedua dengan membuat rayuan...kepada sesiapa yang secara sengaja atau tidak sengaja terbukak dan terbaca ruangan merepek ini...aku berharap doa dari kalian semua untuk aku diterima bagi menyambung pengajian aku di ipta sangatlah di perlukan dan diharapkan dan semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian semua...
sisa-sisa kekuatan yang masih tinggal akan aku gunakan sebaik yang mungkin demi kehidupan yang akan aku tentukan akan datang.....
aku tahu aku dapat lakukan yang terbaik untuk diri aku dalam mengejar kesempurnaan hidup yang seimbang dari segi yang atas mahupun yang bawah..
kerana bagi aku sahabat-sahabatlah guru yang layak kepada perjalanan pengalaman hidup aku!!
No comments:
Post a Comment