Dalam hidup ini, memang banyak perkara yang perlu kita considerkan. Tak kisahlah dari sudut ekonomi hingga ke sosial, kamu perlu bijak menyusun yang mana prioriti kamu. Dalam konteks kehidupan moden sekarang, prioriti terhadap diri kamu itu penting.
Maksud aku, pentingkan diri sendiri dahulu baru orang lain.(tak termasuk awek)
Jika kamu mahu survive dalam kehidupan sekarang, kamu perlu pentingkan diri. Barulah dinamakan survivor. Dan dalam survival ini, kamu perlu rancang sebaik-baiknya agar ia tidak memakan diri kamu sendiri pada akhirnya. Kamu pernah tonton rancangan realiti tv Survivor, bukan? Applykan dalam kehidupan seharian kamu.
Sampai bila kamu mahu mengikut telunjuk orang lain? Sedangkan pada in the end, kamu juga yang merungut itu ini? Itulah mentaliti orang kita. Masih di takuk yang lama. Terlalu obses dengan cara hidup menghormati orang lain sehingga diri sendiri tak terhormat lagi. Kamu ada pride kamu. maruah kamu yang membuatkan orang pandang tinggi dengan kamu. Kamu bukan hamba kepada orang lain, tau tak?
Aku bagi contoh menarik. Kamu tertarik dengan seorang perempuan yang sangat comel. Tapi, pada masa yang sama, kawan kamu meminati perempuan yang sangat comel tersebut. Kamu beri laluan pada kawan kamu untuk mengorat sedangkan kamu hanya memendam perasaan. Terlalu nak menjaga hati kawan, dan tidak mahu digelar back stabber, sanggup ketepikan prioriti diri sendiri. Konon jaga kawan la.
Bontot.
Aku tak tahulah jika tujuan kamu hidup untuk memuaskan hati orang lain, tetapi diri kamu pun tak puas puas. Tak kisahlah dari sudut seksual atau apa. Kamu takkan kemana dengan memuaskan hati orang lain, sebabnya, apa yang kamu bakal terima bukan atas kehendak kamu, tapi atas kehendak orang lain.
Itulah fake namanya.
Tapi jika dalam Islam, kepuasan seksual harus dinikmati oleh kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan, tau.(bukan perempuan sahaja)
Kamu suka ke digelar hipokrit? Bagi aku, aku sudah puas menjaga hati orang lain. Sekarang aku tahu prioriti diri aku. Perlu ada limit untuk kamu menjaga hati orang lain. Dan dalam konteks menjaga hati orang lain, janganlah sampai kamu berkurang ajar dengan kudua-dua orang tua kamu.
Dengan orang lain, tengok keadaan.
Dan cubalah belajar menghormati diri sendiri dahulu. Baru belajar menghormati makhluk lain.
p/s: tengok ar sekarang,sebab orang lain aku terpaksa ikat perut tahan lapar sebab tak ada duit,dia cakap nak return duit aku tu semalam...tp..................
Friday, May 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment