Macam biasa juga lagi skali menu harian aku ialah nasi goreng kampung dan tidak seperti biasa kali ini aku telah memesan air limau suam kerana aku kurang sehat tidak seperti biasa juga,selalunya air nescafe ais menjadi pilihan aku(baru nampak brother-brother) ye tak?
Sedang sedap menyuap dan menghirup sekali sekala air limau suam tersebut diselangi dengan perbualan bersama rakan aku yang duduk di hadapan dan di bahagian tepi aku,tiba-tiba kedengaran irama petikan gitar yang cukup menarik minat hati aku.Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan empat puluhan rasanya bersama dua orang anaknya perempuan dalam lingkungan belasan tahun dan adiknya lelaki dalam lingkungan masih di bangku sekolah rendah,yang lagi membuat aku rasa teruja kerana reaksi dan cara mereka menyampaikan lagu tersebut dengan diiringi bunyi paluan 'bonggo'yang dimainkan oleh anak lelaki mereka dan si perempuan pula bermain tamborin.
Semua pelanggan yang berada di situ barangkali cukup terhibur dengan dendangan lagu yang disampaikan oleh mereka,habis tiga buah lagu sahaja upacara mengutip sumbangan ikhlas pun bermula dari meja kemeja.Tak usahla ko tahu berapa banyak yang aku sumbangkan kerana nanti sia-sia keihklasan yang sudah aku sumbangkan itu.
Tapi aku cukup 'respek' dengan cara mereka mendapatkan duit berbanding manusia-manusia yang berpura-berpura sakit sambil dipimpin oleh seseorang untuk berjalan di sekitar kawasan bukit bintang bagi mendapatkan belas ehsan dari orang ramai,aku tidak tujukan di satu tempat sahaja mungkin di merata tempat.Aku berkata begitu bukan kerana kesombongan aku terhadap mereka tetapi aku melihat dari sudut yang lebih positif dimana melalui pengalaman aku melihat golongan seperti mereka di kawasan lain.Mereka yang buta dan cacat mencari duit dengan menggunakan kemahiran yang mereka ade seperti bermain piano atau 'keyboard' bagi menghiburkan orang ramai.
Dari situ kita akan dapat lebih menghargai kelebihan mereka dengan membalas pengorbanan mereka setimpal dari ape yang telah mereka lakukan,ape salahnya kalau kita menghulurkan sedikit duit bagi membalas ape yang telah mereka lakukan,memanglah kita tidak minta mereka membuat itu semua untuk kita.Tetapi bagi kita yang sehat normal akal fikiran pasti dapat berfikir secara lingkungan waras kita.
Bagi aku lah, tidak tahu pulak kalau kamu orang di luar sana akan membuat bodoh sahaja seperti mendabik dada berjalan sambil tangan memegang bontot awek kamu dari belakang,dan awek kamu pula memegang bontot kamu seperti tiada hari esok.
'Bak kata kawan aku,macam lah awak seorang je ade awek kat dunia ni"
Dalam slenk england tapi kepala dah sedap sangat sampaikan cakap pun pelat lebih ke arah bob marley,pak cik tu dengan selamba mendendangkan tiga buah lagu dengan dua orang anaknya,antaranya hotel california....

No comments:
Post a Comment