Aku duduk termenung seorang sambil bertemankan segelas barli suam sebab sakit tekak.Termenung jauh sambil melihat gelagat penghuni kotaraya kehulur hilir sambil cuba merungkai sesuatu yang aku rasa sangat pelik untuk aku katakan pada hari ini.
***********
Kenapa rakan-rakan aku semua masih tidur masa aku 'call' tadi,aku lihat jam dan menunjukkan tepat pukul 12.00 tengah hari. tidak bekerja ke mereka hari ini?
Rakan-rakan aku semua berlumba-lumba balik kampung hari ini,tidak bekerja kah mereka?
Kenapa jalan-jalan raya semua penuh sesak dengan kereta-kereta selalunya biasa je ,mereka semua cari ape,tak bekerjakah mereka?
Setahu aku bb plaza,sungei wang,pavilion,klcc tak ade sale,tapi kenapa penuh sangat dengan orang ramai,tak bekerjakah mereka semua?
Paling aku pelik dan hampir menyebabkan aku hilang kawalan diri.Apsal bangla dengan nepal bersepah-sepah melepak di tepi-tepi jalan sekitar ibu kota kuala lumpur,mereka semua tidak kerja kah?
Kenapa aku kerja macam biasa pulak macam tiada ape yang berlaku?
Ah ,tidak ! aku keliru..
Ada sesiapa yang dapat jelaskan dekat aku ape yang dah berlaku hari ini?
No comments:
Post a Comment