Tuesday, August 10, 2010

B E L I A U

Macam biasa,selepas lelah berdebat dengan abah-abah kt warung kampuang aku.Dalam lingkungan pukul 2.30 pagi.Aku dan kutu-kutu memutuskan untuk pulang ke rumah.Keinginan pulang itu tidaklah timbul atas dasar hari sudah lewat tetapi kesedaran bahawa tuan warung sudah mahu pulang benar.Seingat aku adalah dekat lapan ke sembilan kali tuan kedai tersebut berdehem-dehem sambil dua tiga kali buat-buat kemas senduk kuali yang sama pada waktu yang berlainan.Tapi aku dan kutu-kutu semakin rancak berbual.Macam biasa aku akan 'rider' ex5 untuk pulang ke rumah.



Sesudah melepasi kelajuan 30km/j,sedikit demi sedikit motor kepunyaan abah aku terbang pantas sehingga sampai di halaman rumah.Dua tiga ekor awek cantik yang mengambil kesempatan menumpang motor aku tadi terbang pergi apabila menyedari destinasi yang dituju tidak sama.Aku geleng kepala sambil ketis bara suria.Aku perasan bara tersebut terkena kain labuh yang dipakai awek tersebut.Cepat-cepat dia cari sumber air yang berdekatan dan menjunam laju turun terus ke dasar air.Aku senyum nipis dan lagi sekali aku geleng kepala.



Dalam rumah ,aku tak fikir panjang.Capai surya sebatang.Aku 'on' komputer .Aku cari 'lighter' di segala genap penjuru,aku panas.Tiba-tiba sekotak mancis kayu terbang slow-slow datang ke arah aku.Aku buat selamba."mungkin mereka-mereka yang tadi nak repeat balik atas perbuatan aku mengetis bara surya atas baju mereka' desis aku di dalam hati.Aku geleng kepala.Selepas sempurna nyalaan rokok.Aku senyum nipis sambil kepulan asap rokok keluar berkepul-kepul yang aku rasakan ketika itu sedikit kelat rasa asap mancis kayu.Setelah dua tiga kali sedut dan berpuluh-puluh nyamuk tewas terkena asap surya aku rasanya semakin sempurna seperti surya ori.



Aku bukak laman sosial yang menjadi kegilaan 'indie' masa kini.'Indie' sekarang memang semakin menjadi-jadi.Adik aku yang baru belajar tendang bola gune jari depan kaki pun dah semakin gagah dengan semua itu.Mungkin kerana semua itu terlalu ringkas dan kosong.Aku dah tak berapa 'into' sangat dengan itu semua.



Aku terus bukak laman sosial beliau.Dari bait-bait ayat beliau,menunjukkan perasaan yang tersangat gembira apabila di sambut hari lahir oleh rakan-rakan sepelajaran.Terkeluarlah ucapan terima kasih kepada kutu-kutu yang aku tidak berapa into sangat,seperti pemenang anugerah 'oscar' yang berucap di atas pentas sambil 'speaking' ikut text,tak macam Mahathir beb!.Aku diam sambil sekali sekala mata berair. Sebab pedih terkena kepulan asap surya.Aku jadi panas sambil buat mata helang.



Aku rasa macam tak nak tido malam ni sebab nanti dalam pukul 5 pagi aku terus nak pakai smart-smart baju ade kolar bagi butang sampai atas bagi ade ruang sikit je untuk aku bernafas.Cabut pergi stesen bus larkin beli tiket ke shah alam jumpe beliau.Nak sambut befday beliau dekat restoran mahal-mahal yang ada lilin terbakar atas meja,sambil sebelah aku ade mamat mainkan lagu jiwang-jiwang.Kali ini dah tak ada bait-bait lirik berat-berat,semuanya halus macam kulit beliau yang gebu tu.



Tiba-tiba aku panas sepanas bara surya ni,apasal lah dalam peta malaysia ini.Negeri Johor duduk jauh dari Shah Alam.Lain kali masa awal-awal wujudnya Malaysia.Fikiran itu biarlah panjang-panjang sikit.Kalau susah sangat, buatlah jalan bawah tanah yang boleh menghubungkan johor shah alam dari lima jam kepada satu jam setengah.Jangan bagi ada selekoh langsung pun.Kalau tak boleh guna tanah darat.Dasar laut pun boleh apa.Dah tak payah guna lagi tol-tol yang membezakan pengguna 'smart tek' dengan 'cash'.Kata satu malaysia.Bagi satu je la semuanya.Itu semua bagi selari dan tak ada diskriminasi.Ah!! benda-benda macam ni pun aku nak kena tolong fikir.Celaka.



Tak pasal-pasal pagi-pagi macam ni aku sebak tak dapat sambut befday beliau walaupun sehari dah lewat.Beliau pun satu.Baik lepak dekat brunei sabah sarawak je terus.Senang aku tempah awan terbang dari jepun.






p/s : Sabar eah sayang.Nanti kita sambut sama-sama eah sekali 
      dengan hari lahir orang.
      Kita jemput sekali perdana menteri uganda dengan zimbabwe.
      Kita buat sekali acara tarian paranawei.Parti bogel jangan lupe tau! 






tahi lalat tu gua punye !!

No comments:

Post a Comment