Setengah jam berikut aku capai 'headphone'.Aku senyum nipis.Dah tak ada lagi kepulan asap keluar dari celah gigi mahupun hidung.Aku bersandar tenang-tenang pada badan kerusi.Tiba-tiba cahaya suci sikit-sikit keluar dari raut muke aku.Ada dua tiga ekor rama-rama gedik badan penuh dengan tatu berwarna-warna terbang hinggap di badan dan bahu aku.Aku senyum nipis dan biarkan sahaja.Di dalam suasana gelap dan hanya diterangi lampu komputer.Aku tenang menghayati lagu yang berlegar-legar di ruangan kepala aku sambil tenung tajam ke arah seekor kunang-kunang.Menyedari dirinya ditenung oleh aku,seraya itu,cepat-cepat kunang-kunang tersebut mematikan lampu kelip-kelip di badannnya dan terbang menggelupor pergi dari ruang udara situ.
Tiga empat buah lagu raya abez aku layan.Aku matikan komputer sambil muka yang berseri-seri dan senyum tebal."Aku janji aku nak puasa cukup tahun ini" desis aku di dalam hati denga wajah yang bersemangat.Aku bangun pantas sambil menendang kereta mainan adik aku yang ada di lantai.
Paaanngggg!!
Tepat meluru ke dahi adik aku dan tanpa membazirkan masa tangisan tahap dewa ke-8 kedengaran.Aku jeling dalam-dalam adik aku.Cepat-cepat dia lap mata dengan baju sambil dua tiga kali teresak-esak tahan nangis.Aku senyum nipis.
Aku ambil bantal dan selimut,kadang-kadang patung beruang adik aku juga tidak ketinggalan.Sambil baring aku pandang jam dinding.Masih menunjukkn tepat pukul 8 pagi.Lebih kurang sepuluh jam lagi masa yang aku perlu tempuh untuk berbuka.Cepat-cepat tarik selimut.
apekah?da tua bangke pun x ckp pose!isk!
ReplyDeleteaik..tarik selimut..bukan tarik teh tarik la...
ReplyDelete