Setelah aku meniliti kehidupan aku sebagai seorang yang tidak bekerja atau bahasa kasarnya penganggur dan lagi dalam ialah kutu, banyak yang aku pelajari. Pertama, don't judge a book by its cover dan ini sememangnya tepat. Kau rasa orang pakai seluar skinny dan boot cut rambut panjang tu jahat dan tak ada masa depan ke? Hidup perlu ada toleransi. Baru harmoni.
Mungkin idea si skinny dan boot cut berambut panjang terhadap erti kehidupan lebih bernas berbanding mereka yang menyarung blazer dengan tali leher berjenama Versace yang berharga hampir sama dengan gaji seorang tukang sapu. Tak perlu berbangga dengan kekayaan yang kau ada. Itu semua pinjaman dari Yang Maha Esa sahaja.
Mungkin kau berada dalam konteks bidang yang kau memang mahir, tapi tak semestinya kau mahir dalam semua bidang yang orang lain ceburi. Seorang akauntan tak semestinya tahu cara-cara membuat sampan beb. Belajar menghormati pendapat dan idea orang lain walaupun kau ada level kau sendiri.
Kalau ada rezeki tahun depan aku akan tutup balik mulut-mulut mereka.Tak kira lah yang atas mahupun bawah.
![]() |
nostalgia zaman nak kenal apa itu muzik |
Lagi satu,moshing itu tak sama dengan shuffle.
No comments:
Post a Comment