Tuesday, August 17, 2010

S E D A R

WAKE UP PROJECT

Ramai orang hari ini semakin kecewa akan ketidakupayaan sains untuk menjawab antara soalan yang paling mendalam tentang zaman kita,oleh itu mereka berpaling semula ke zaman dahulu untuk mencari jawapannya.
Kita sekarang sudah mencapai sebuah zaman di mana beberapa masalah sistem yang penting bertemu.Pertemuan di antara masalah sistem tenaga,sistem cuaca,sistem kewangan,pengeluaran makanan,isu berkenaan air.

Kita sudah mencapai zaman di mana kesemua masalah ini bertemu!

Suatu zaman di mana bumi ini akhirnya akan hancur atau diperbaharui ataupun kedua-duanya sekali.Setiap budaya di dunia ini telah ada ramalan tentang akhir zaman mereka sendiri.Ia merupakan satu perkara semulajadi di mana setiap orang seakan-akan dapat merasa satu hubungan di antara tradisi kebudayaan kita dengan apa yang sedang berlaku di dalam dunia kita hari ini.

SHEIKH IMRAN N.HOSEIN
"Bagaimana kamu nak mentakrifkan perlambangan keagamaan? Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini......"

Baginda Nabi Muhammad S.A.W bersabda setiap nabi telah memberi amaran kepada kaum-kaum mereka sendiri tentang dajjal dan begitu juga Nabi Nuh A.S,tetapi fakta kan memberitahu kalian apa yang tidak pernah diperkatakan oleh nabi-nabi yang terdahulu.
Kerana sesungguhnya Dajjal itu melihat dengan satu mata,mata kirinya.Dan buta di sebelah kanannya yang kelihatan seperti sebiji anggur yang terapung.

Tetapi tuhan kamu tidaklah bermata satu.

Di antara matanya iaitu pada dahinya,tertulis perkataan "KAFIR".Dan sesunggunhnya setiap mukmin dapat melihatnya.Seorang mukmin adalah seseorang yang telah menerima sepenuhnya kehendak agama.Bukan sahaja menerima dengan lisan,tetapi telah memasuki hatinya.Iaitu seseorang yang mempunyai kepercayaan.
Jadi setiap mukmin akan dapat melihat dan mengecam dajjal ini.Tak kiralah yang pandai membaca ataupun tidak.

Tetapi mengapa...

Orang-orang yang tidak percaya tidak boleh membacanya...?

Subhanaallah .....





Kali ini gua tak bergurau.Apsal lu sengih-sengih ?

Bersambung insyaallah.....

No comments:

Post a Comment