Wednesday, August 18, 2010

SEDAR 2

WAKE UP PROJECT 

Kamu tidak akan sesekali mengenali dan memahami dunia hari ini selagi kamu tidak memahami bahawa segala penampilan dunia yang berhubung kait dengan dajjal adalah berlawanan dengan kenyataannya.Dan selagi kamu tidak menggunakan mata dalaman kamu bersama-sama denga mata luaran kamu,kamu akan tertipu dan tidak akan dapat memahami dunia hari ini.


Oleh itu apa yang diperlukan ialah sebuah epistemologi(teori tentang pengetahuan dan kajian)untuk berhadapan dengan sebuah zaman yang penuh dengan penipuan besar.


Di dalam bahasa arab,makna bagi dajjal adalah penipu agung.

Obsesi mereka adalah untuk mengubah umat manusia menjadi salinan diri mereka sendiri.


Antara kesilapan yang ramai orang buat ialah mereka menganggap syarikat ini seperti manusia.Mereka ingat syarikat ini mempunya perasaan,sistem politik,kepercayaan.Antaranya seperti nike,bodyshop,jenama-jenama terkenal yang menjadi kebanggaan masyarakat sekarang.


Tetapi mereka lupa satu benda,perkara yang sebenar.Iaitu untuk mengaut keuntungan sebanyak yang mungkin walau dimana jua.

"sudah tentu mereka mendapat keuntungan,dan itu merupakan satu perkara yang baik.Itulah asas yang membolehkan kapitalism berfungsi."




Quran mengandungi kata-kata yang hampir sama dengan kitab injil.

Quran berkata
"mereka mempunyai mata,tetapi tidak mahu melihat dengannya.Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya.mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memahaminya"  
(al-a'raf:179)


Dan di sini gua ada menyelitkan sedikit persoalan yang serba sedikit mungkin dapat kita renungkan sambil pekena nescafe ais dan surya ori sebatang dua.Tengok!! Dah cuba untuk menuduh gua dengan membabi tuli tanpa membuat epistemologi terlebih dahulu.Gua nk bagi tahu baca waktu lepas buka nanti.Sia-sia je usaha yang gua buat ini kalau kamu di luar sana tidak menggunakan hati dalaman semata-mata melihat untuk untuk di baca tapi bukan untuk di faham dan di kaji.


Siapa kamu?
Kamu tidak tahu..jangan beritahu saya yang kamu ni melayu...

Apakah panggilan kamu sebelum orang putih menggelarkan kamu melayu?!
Dimana kamu pada masa itu?!
Apa yang kamu miliki?!
Apakah hak milik kamu?!
Bahasa apakah yang kamu gunakan.?!
Apakah nama sebenar kamu.?!
Takkanlah nama kamu danial...atau jane..itu bukan nama kamu..nama-nama itu tidak pernah wujud di tempat asal kita berdua.?!

Tidak!

Apakah nama sebenar kamu dan mengapa sekarang kamu tidak tahu apa nama sebenar kamu sebelum ini?!
Ke mana ia hilang....
Di mana kamu hilangkannya?!
Siapa yang mengambilnya..dan bagaimana?!
Bahasa apa yang kamu gunakan.?!
Bagaimana mereka mengambil bahasa kamu?!
Ke mana hilangnya sejarah kamu?!
Bagaimana mereka menghapuskan sejarah kamu?!



Apakah yang mereka lakukan sehinggakan kamu menjadi seperti tahi?!!
Ya!  itulah keadaan kamu sekarang.


Amerika latin dan sekolah-sekolahnya hanya diberikan sebahagian kecil dari keuntungan mereka.Kerana apa mereka lakukan di Amerika Latin,juga dilakukan di Afrika dan apa yang dilakukan di Afrika,juga dilakukan di Timur Tengah dan apa yang dilakukan di Timur Tengah,juga dilakukan di ASIA!!

Jadi kitalah yang berdiri untuk mempertahankan maruah dunia kita!dan untuk kebebasan dunia kita..


Mereka adalah penindas paling teruk di dalam sejarah dunia.

Bersambung insyaallah...

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kepada awak yerr .
    kenalkan kite dgn WAKE UP PROJECT .
    pahala utk kamu .
    same - samelah kite TERJAGA dari segala penipuan duniawi nie .
    back to basic , DIA yang SATU .
    sesungguhnya islam itu tiada paksaan .
    :))

    ReplyDelete
  3. pergh.,. ko dah macam Malcolm X la pis.. hahaha

    ReplyDelete
  4. time kasih pert...kantolkan identiti gua..lu ni...sia2 je gua jadik undercover selama ni!

    ReplyDelete
  5. fara!! selamat dtg ke dunia yang sebenar..dh bersedia utk cabaran yang seterusnya...?

    ReplyDelete