Saturday, November 6, 2010

C E R I T A D A R I B U A I

Petang itu cuaca agak sesedap rasa dan manjadi kegilaan bagi sesetengah pemain bola anarki di kampung-kampung.Juga menjadi idaman bagi mat-mat rempit dan mat jiwang yang sememangnya menjadi tugas utama dalam mengukur jalan kampung di waktu begitu.Tetapi di kesedapan itu semua.Di atas buaian yang terbiar dan agak usang di celah-celah kawasan semak yang meninggi tak ingat itu.


Gua sama shahrizal razak bukan nama sebenar sedang sibuk berlawan hayunan buaian siapa paling tinggi tak patut.Macam-macam gaya dan skil telah cuba gua keluarkan dalam usaha melawan hayunan shahrizal razak yang sememangnya amat bertenaga dan agak deras tak patut.Mungkin faktor berat badan beliau yang melampaui batas telah memberikan kelebihan di tempat sendiri dalam menghasilkan hayunan yang paling laju dan berkuasa kuda.Ada di antara gaya-gaya tersebut telah menjadi gaya kegemaran di dalam sukan renang masa kini,antaranya gaya bebas,kupu-kupu dan kuak lentang.Tidak lupa juga gaya superman telah dipamerkan oleh gua sama beliau tanpa sedikit pun rasa bersalah.Setelah penat berhempas pulas berkerah keringat.Akhirnya gua mengambil keputusan untuk berehat sebentar bersama kriket sambil beliau membakar sebatang surya payung dua bagi lega tekak.


****


Sedang leka membuat 'o' dari asap rokok surya tersebut.Beliau dengan suara parau katak bersuara cara abang-abang.

"Gua kecil hati la sama awek gua..."dengan muka berkerut tak ingat tanda bersungguh.

Sekaligus memecahkan keheningan sunyi pada masa itu...

"Apa kurangnya gua ini kat mata dia..Aku tengok orang kat luar sana berebut-berebut nak sama gua" sambung beliau.

"Kalaulah gua ini thorm york.Mahu berebut tak cukup ruang nak letak gambar gua bagitau sama dunia yang dulu main guli dengan gua sama-sama tak pakai selipar... "
belum sempat gua bertanya,beliau menyambung cerita lagi.

Gua senyum nipis sambil merampas rokok di tangan beliau.

"Kita sebagai kutu ini kena banyak bersabar........"nasihat gua tenang dan ikhlas sambil asap rokok keluar dari celah gigi.

No comments:

Post a Comment