Monday, November 8, 2010

K R I T I S

Gua rasa pemahaman dalam pemikiran remaja sekarang perlu lebih kritis dalam meghakimi atau mengadili sesuatu keputusan itu sendiri.Berfikir secara kritikal membimbing pemikir ke arah kebenaran. Puncak kepada berfikir menemukan manusia mengenai kebenaran. Proses berfikir kritikal membolehkan seseorang membezakan yang benar dengan yang salah, yang buruk dengan yang baik, yang bermanfaat dan bermusibat, yang memberi faedah atau mendatangkan padah dan sebagainya.Sudah tentu asas yang memberikan kemampuan seseorang berfikir kritikal ialah ilmu, maklumat, pengalaman, pertukaran pandangan dan dalam tradisi Islam diakhiri dengan hikmah. 


Para remaja adalah kelompok yang terbaik dilatih untuk berfikir kritikal. Kemajuan ilmu dan pemikiran atau idea bergantung kepada wujudnya suasana yang mengizinkan pemikiran kritikal berlaku. Di zaman pasca moden ini fahaman anarki (ketidakaturan) berkembang pesat dalam pemikiran, kesenian, bahasa, kebudayaan malah gaya hidup manusia. Globalisasi yang datang menjadi pemangkin terhadap jalur anarki. Kemajuan sains dan teknologi menyebabkan fahaman anarki semakin mengukuh dengan melebarkan jaringan komunikasi dan telekomunikasi dan akhirnya membentuk suatu budaya popular yang menghubungkan sesuatu dengan konsep realiti.Konsep realiti sudah mula menolak jalur tradisi dan akhirnya bakal menjinjing manusia kepada kesamaran hala tuju hidup.


Untuk menjadikan remaja berfikir secara kritikal, pemahaman terhadap tradisi perlu kukuh, asas ilmu harus teguh, sikap terbuka terhadap perbezaan perlu ada, ketelitian terhadap fakta dan data perlu wujud. Kesediaan diri untuk dikritik dan mengkritik juga perlu ada. Tanpa asas ini pemikiran kritikal tidak akan berkembang. Pemikiran kritikal memandu remaja berfikir secara teliti, analitikal dan berupaya memberikan hujah-hujah yang baik dan bernas apabila fakta itu didapati tidak benar atau diolah dengan dangkal atau tidak berasaskan maklumat yang sahih dan jitu.


"Aku lebih rela untuk berfikir secara kritis seorang diri,kerana mungkin aku juga seorang sahaja yang memahami pemikiran itu sendiri"




Perlukah gua berkongsi rasa ini menjadi rasa kamu ? berani terima kritikan itu 'true' !Walaupun kata-kata itu hanya terbit dari seorang kutu..


Kutu itu indah sebenarnya

2 comments:

  1. kutu..gua rase la..lu bek amik coz journalist dr amek coz interior tu a..sebabnye..lu ade bakat..hahaha..lu tgk bait2 ayat lu..gua rs mase depan lu..ke arah tu..bhahaha!

    ReplyDelete
  2. lu gila ke ape...x nk ar..nti gua kena bela jambang sama misai panjang2..pas tu nk kena spray kasi kaler silver..ah!

    ReplyDelete