Tuesday, November 16, 2010

G H A I R A H !

Sebab tidur lambat semalam,gua bangun bila jam dah pukul sebelas lebih.Sebagai abang-abang tak patut gua bangun tengah hari.Rasa macam celaka.Tak patut betul gua membazir masa tidur lama-lama macam ini.Tidur lama-lama macam ini bukan budaya kita.Ini satu dilema.Jadi lepas bangun tidur itu aku terus duduk bersila di hujung katil dengan perasaan bersalah.


Gua perasan ada satu pesanan ringkas masuk dalam peti simpanan telefon mudah alih gua.Gua buka dan baca.Dengan sepantas kilat gua terus terbang sambil bersila ke arah komputer gua.



******



Cepat-cepat gua sarung baju acdc sama seluar koyak bahagian lutut gua.Gua panggil awan terbang gua.Gua bagi arahan suruh mendarat tepat depan pejabat mak gua.Semua berjalan lancar.Gua senyum nipis.Dua tiga ekor harimau bintang tiba-tiba berlari deras datang ke arah gua semata-mata mahu gua memijak badannya untuk dijadikan tangga bagi gua turun dari awan terbang gua.Tiga empat ekor tupai tanah pejabat mak gua keluar dari tanah sambil mengangkat tangan tanda hormat ke arah gua.Gua tak ambil endah dan buat muka bengis tak patut.Terus gua terkam mak gua cara manja.


"nabi cakap kalau boleh belajar la sampai negara cina.tapi gua tak mintak sampai sana pun.Gua mintak kat perak je kali ini...."teriak gua tepat ke muka mak gua.


 Mak gua dengan perasaan tak bersalah terus menutup mulut dan hidung sambil tunjuk isyarat penampar.





Gua sedih.Gua lupa gosok gigi sama basuh muka bangun tidur tadi.Ghairah gua tak patut sangat kali ini.

1 comment: