Saturday, November 20, 2010

S A K I T S I A L

Semenjak gua memegang jawatan orang atasan perseKUTUan mengganggur sedunia kat kampung gua.Gua dah semakin tak 'gam' dengan scene sepak bola.Tapi scene tengok bola kena sepak memang tetap 'gam' dari dulu sampai sekarang ini.Sebab itu bila gua berdebat sama kutu-kutu kat luar sana tentang bola gua akan 'rebel' dan terus 'rebel'.Itu satu cerita betul tentang gua.



Semalam gua bersukan.Gua main futsal.Gua ada tengok tv bapak gua kat rumah.Sukan asia memang tengah naik sekarang ini walaupun dalam sukan asia itu acara futsal di anak tirikan.Jadi semangat gua nak bersukan kali ini pun lain macam tak patut.Terpengaruh dengan atlet-atlet yang pergi sukan asia sana.Kebetulan ada seorang kutu ini yang dah tak berapa nak kutu sangat sekarang ini.Maklumlah dah kerja kat kolumpo sana.Balik sini sempena cuti-cuti malaysia menyambut raya korban.Kutu ini pula memang kaki bola macam gua.Nak dijadikan cerita,gua awal-awal telah dilamar secara seorang pemain profesional oleh kutu tersebut untuk bermain bola bersama mereka.Gua tolak awal-awal atas sebab-sebab yang munasabah.Tapi atas desakan dan ugutan yang melampau tak patut sekaligus untuk menjaga hati mereka.Gua pun akhirnya bersetuju untuk bermain bersama mereka tanpa sebarang syarat dan kontrak.



Pagi tadi gua perasan dua tiga orang awek perhati cara gua jalan pelik tak patut.Gua juga perasan kaki sama badan gua makin sakit sama sengal-sengal tak ingat.Tapi gua tak ambil pusing sangat semua itu.Yang penting petang tadi gua buang air besar bukan cara duduk sebab jamban gua jamban cangkung.Tapi kali ini,gua cangkung jenis kaki tak boleh bengkok.Bila bengkok sakit tak ingat.Macam mana itu ?Lepas ini gua ingat nak kembali buat jadual berjogging sama timbang bola siapa paling 'rebel'.Kawan... Semua punk rockers main bola. Tiada hari gelap untuk seorang pemain bola yang 'rebel' macam gua!




*****




"Gua lahir dalam tahun nike beb..." seorang kutu muda yang lahir pada angka 90 berkata dengan nada bongkak.


Kepala abah dia !

2 comments: