Friday, December 10, 2010

D A R I S C E N E B U N D L E K E B O L A

Pada malam Malaysia tengah naik spirit nak kalahkan Laos.Gua dengan nada yang serius telah pergi ke satu kedai bundle.Gua ada dengar dari mulut seorang kutu. Seluar-seluar di dalam bundle itu agak cun dan harganya pun yang berpatutan tak patut.Ini dengan selambanya telah menarik minat gua.Setibanya gua di dalam kedai bundle tersebut.Gua perasan ada dua bahagian.Bahagian depan untuk pakaian lelaki dan bahagian belakang untuk wanita.Seperti yang diramal, gua akan digeruni oleh setiap pemilik bundle di seluruh dunia termasuklah pemilik bundle itu sendiri atas dasar kepakaran gua dalam memilih barang-barang yang 'rare'.Ini serba sedikit menimbulkan hal yang amat tidak disenangi oleh segelintir pemilik bundle yang rata-ratanya suka makan budu.Gua geleng kepala.


Gua melangkah masuk.Gua tenung tajam muka brother bundle tersebut.Brother bundle itu tunduk dua tiga kali main lipat-lipat baju yang sama.Gua senyum nipis.Untuk mengelakkan hidung gua dari bersin sekaligus menghasilkan selesema yang tak patut sebab habuk pakaian bundle tersebut yang tak ingat.Gua seluk saku seluar edwin function gua kasi keluar surya sebatang.Macam biasa setelah pengaruh api surya gua sempurna pada kadar yang terbaik.Gua teruskan aktiviti menyelam gua untuk mencari barang yang diimpikan oleh setiap penyelam bundle tegar.




dua puluh minit kemudian....




Gua keluar dari bahagian belakang dengan riak wajah yang sedikit lebam sambil tangan kanan gua pegang lima helai baju kemeja dan tangan kiri gua pegang sehelai seluar slek kaler hitam.Persoalan mengapakah,dimanakah,apakah,bagaimanakah dan kenapakah gua keluar dari bahagian belakang? itu kita cerita nanti. Yang pastinya gua terus ke kaunter.Gua bayar dan gua bla... Gua sempat teriak Malaysia boleh! Sebab brother bundle itu tengah naik spirit fokus tak ingat tengok bola malaysia lawan laos dalam tv siaran tidak berbayar bernama RTM. Sesampai gua di rumah.Gua lega dapat tahu malaysia menang malam itu.Sekaligus merendahkan faktor untuk kedai bundle tersebut dari terbakar atau dibakar oleh pemilik sendiri.


Dan sekarang ini gua tengah berusaha tak ingat dalam mengumpul pasukan sorak sama pasukan bakar stadium dari kelantan untuk datang kasi sokongan moral sama pasukan negara di stadium bukit jalil nanti. Gua juga tengah menunggu pesanan ringkas dari rajagopal dalam memberi respon positif  terhadap cadangan gua untuk menukar jersi negara dari kuning ke merah.Sebab apa? sebab rata-rata penyokong yang akan datang untuk menggamatkan stadium nanti akan lebih memakai baju merah.Pasal sama warna dengan jersi vietnam.Itu pandai-pandai mereka untuk tukar warna lain.Melainkan warna putih sebab nanti kotor atas kesedaran bukan bermain di atas padang Old Trafford. Yeah... !


Power to the people !



kan gua dah cakap..merah lagi ramai dari kuning..
rajagopal tak nak dengar !




p/s : Menyelam pada istilah pencari dan pengumpul barang bundle tegar ialah mencari.

No comments:

Post a Comment