Tuesday, December 14, 2010

B O L A VS M A X I S

Pagi tadi gua bagi pesanan ringkas sama ferguson.Ferguson terus telefon gua tak henti-henti ucap terima kasih dalam versi pelat this is england sebab bagi dia semangat dan idea suruh evra kutuk arsene wenger.Fergusan ada cakap juga,rooney semalam makan ubat batuk sebelum masuk padang sebab batuk.Sebab itu masa dia ambil penalti ada sikit menyasar kiri kanan masa nak sepak.Hasilnya bola pergi tepat kat paruh burung gagak.Semua itu sebab dia dah ngantuk sangat.Gua hanya senyum nipis sambil cakap.


"Tak kisah la itu asalkan menang.Lain kali cakap dengan ferdinand jangan tunjuk sangat pisau kat kasut itu sampai koyakkan baju sagna.Bagi gua dua tiga hari lagi untuk kumpul idea bagi kutuk ancelotti pula."

Gua terus matikan talian sebelum sempat ferguson beri salam.


Sekarang ini gua tengah tumpu perhatian pada scene bola sepak hal ehwal dalam negara yang rasanya paling susah sekali gua nak cakap.Cuma kali ini gua lebih tumpu pada scene penyokong dari pasuukan. Sebab gua tak nak peminat sama penyokong cakap belakang tak patut bila pasukan negara buat hal dalam padang main lawan tendang bola siapa paling tinggi.Rasa berdebar tunggu esok lain macam tak ingat.


Gua bagi pesanan ringkas sama rajagopal petang tadi.Gua tengok liputan rangkaian maxis kat tempat gua macam gampang! Hari ini dah genap seminggu gua tahan panas sebab kena tuduh sama perempuan-perempuan simpanan gua yang gua jimat credit. Esok kalau pasukan negara kalah memang gua tak fikir dua kali untuk salahkan maxis sebab tak dapat berhubung dengan rajagopal atas dasar kemenangan!


Sampai sekarang gua tengah fikir macam mana gua boleh bagi sms sama ferguson sedangkan maxis tempat gua buat hal.Betul-betul pilih bulu maxis ini!


sila selenggara liputan rangkaian anda dengan lincah kaduk sebelum
gua sama kutu lain berpaling tadah!

No comments:

Post a Comment