Tuesday, December 21, 2010

S C E N E H A I W A N P E L I H A R A A N G U A

Okey, macam biasa petang itu angin bertiup agak kencang.Kencang dia bukan main-main.Cukup untuk berkibarkan kain jemuran mak gua kat ampaian belakang rumah.Awan pula berbaris dan berarak mengikut formasi yang ditetapkan.Macam-macam jenis formasi terbentuk hasil arahan dari yang maha kuasa.Burung kelicap sama burung bayan memang 'gam' dalam hal buat huru hara bagi kacau penglihatan pak cik driver kapal terbang.Dari celah-celah sudut yang sukar dilihat oleh mata manusia normal,beruang kutub sama harimau serbia gua tengah guling-guling main gurau senda.Gua perasan harimau serbia gua tercakar muka beruang kutub gua.Beruang kutub gua tidak cepat melatah dan tak ambil pusing semua itu.Jadi semuanya berjalan lancar tanpa sebarang pertumpahan darah.Dari jauh gua nampak tupai jinak gua berbaris panjang mengangkat tangan tanda hormat sama gua.Dari jauh juga tapi dari sudut yang berlainan tupai liar gua pula semakin agresif dalam menebuk pisang peram bapak gua.Tidak ketinggalan kawan baik kerbau gua iaitu ular sawa masih giat berkerjasama dalam membuat batas sawah jiran sebelah rumah gua.Ayam jalak gua luka-luka badan sebab sibuk berlaga dengan ayam jiran gua yang sibuk kacau ayam betina jalak gua.


Gua geleng kepala sambil tersenyum nipis.Gua hembus asap surya tepat ke muka lalat taik yang tengah cuba buat taik depan mata gua.


"mesti gua akan rindu semua masa-masa bahagia ini.Agak-agak kalau gua bawa semua haiwan peliharaan gua ikut pergi belajar.Gua kena halau tak?" Desus gua dalam hati yang luruh.


Patut pun hari itu mak gua bising-bising cakap payung dia hilang.
skang ini gua dah dapat detect spe punye kje!

No comments:

Post a Comment