Saturday, February 12, 2011

K E L E M B A P A N K E K E L A S A N

Macam biasa,pagi itu cuaca memang agak sedap untuk para kutu yang menjadikan tidur itu sebagai sahabat yang sangat 'gam' dalam hidup mereka.Tapi tidak bagi gua yang kini sudah berpaling tadah dari arena kutu sedunia.Pagi yang sememngnya sedap itu gua seperti biasa dengan rutin harian yang biasa-biasa,akan memakai jeans ala-ala 60-an dan berbaju t-shirt kolar terangkat lengan tangan berlipat.yang pasti rambut gua ketika itu bukanlah jenis yang tercacak di bahagian tengah mahupun tepi,apatah lagi bahagian depan mahupun belakang.Jenis rambut begitu selalunya akan gua terajang sambil terbang gaya jackie chan ala tentera nazi di dalam gelanggang ragbi.


Dengan muka yang sangap rokok dan mata merah rabak tak ingat.Gua ketuk pintu sambil berdehem bagi menghangatkan lagi suasana.Gua lihat separuh daripada mereka-mereka yang berada di dalam bilik itu berpeluk antara satu sama lain sambil mata merah nak nangis sebab takut akan kedeheman gua tadi.


Gua buka pintu dan terus melangkah masuk dengan kaki kanan.Gua tak lupa untuk membaca jampi serapah .Ada dua tiga orang perasan mulut gua terkumat kamit keluar asap ketika itu.Gua tak amik pusing.Gua teruskan perjalanan sambil menguap dua tiga kali.Kali ini gua tidak terus ke tempat duduk gua,tetapi gua terus menuju tepat ke bahagian hadapan tepat ke muka pengadilan.nyaris-nyaris juga gua nak berlaga mulut dengan muka pengadilan tersebut sebab terlalu tepat.


Macam biasa,kejadian bertikam lidah oleh gua bersama muka pengadilan tersebut berlaku dengan begitu sengit dan macam hari-hari yang lepas juga,kejadian itu akan dimenangi oleh gua.Gua terus kembali ke tempat duduk gua dengan gaya abang-abang.Ketika itu gua dapat rasakan kewujudan gua di situ memang di anak tirikan dengan begitu jelas.


Gua pikir balik,memang tak ada salahnya kalau pelajar yang selalu datang lambat ke kelas ini.Jangan terlalu pandang rendah sangat kat golongan ini kerana mungkin mereka ini agak tinggi.Bukannya apa,gua malas bila bercakap pasal datang lambat ke kelas ini.Sebab gua memang suka datang kelas lambat.Bukannya gua ini jenis yang bangun lambat atau mandi pagi lambat sebab bangun lambat .Tapi memang gua jenis yang suka datang kelas lambat.Kalau gua bangun awal macam mana sekali pun.Gua akan tetap datang lambat.Gua pun tak tau apsal.


Bila tido lambat,bangun pun lambat,
bila bangun lambat maknanya pergi kelas pun lambat.
kalo x nk lambat cakap dengan pensyarah jgn bg kerja banyak2 sampai tido pun lambat.amacam?

No comments:

Post a Comment