Wednesday, November 10, 2010

S C E N E A D I K G U A

Gua tengok akhir-akhir ini beruang kutub,harimau serbia,ayam katek,tupai liar,ular sawa,kerbau,pelanduk dua serupa,memerang, sama burung helang garang gua semuanya muram tak patut macam cuaca sekarang ini.Hujan tak kira masa,angin tak tentu pasal main-main cabut bumbung rumah orang tak ingat waktu,main lubangkan dinding sana sini tak tentu pasal.Kesian juga gua tengok sama pak Ajiz pekak tukang gunting rambut kat kampung gua itu.Duit hasil gali kubur sama orang sewa barang makanan dia masa kenduri kawin pun kadang-kadang tak dapat tampung kos baiki atap sama dinding rumah dia yang kena haruk sama cuaca sekarang.Gua geleng kepala.



Gua juga tak tahu kenapa dalam musim sedap mengawan ini gua tak rasa kesedapan mengawan dalam musim mengawan macam orang lain yang sibuk mengawan.Adakah ini dinamakan kesibukan?atau adakah gua berada di dalam mimpi orang lain?Realitinya gua memang tak boleh mengawan dalam mimpi mahupun mimpi mengawan gua menjadi realiti.Apa kaitan musim mengawan dan mimpi sama gua kali ini?Kita bincang selepas ini.



Sekarang ini yang gua perasan,cuaca dengan jiwa gua memang kacip.Lagi kacip bila mata gua kena gam sama gam gajah.Lagi 'true' bila badan gua kena hempap sama jin baghdad.Inilah antara penyebab sekarang adik gua susah sangat nak cium tangan gua mintak berkat pergi sekolah pagi-pagi  sampai dia balik sekolah makan tengah hari gua masih barai atas tilam.Macam biasa sifat 'rebel' adik gua hasil asuhan gua yang agak tidak digemari oleh gua sendiri akan menjadi tanda kebangkitan gua dari terus barai.Scene memekak di telinga gua menjadi tabiat buruk dan hobi adik gua dalam meyedarkan gua untuk menjadi 'driver' dia ke sekolah bahagian petang sekaligus menghalau jin baghdad dari terus bermaharajalela atas badan gua.



Penah sekali itu gua sama motor bapak gua sama adik gua nyaris-nyaris masuk longkang depan rumah pak Ajiz sebab gua lelap atas motor.Sampai sekarang adik gua kat belakang naik motor peluk gua padu tak ingat bagi tak nak lepas.


lu tgk lu dh bole tau..rebel x rebel adik gua.
awek lagi tinggi dari dia!


3 comments:

  1. ape kes pak ajis masuk dlm cite ni???kalau de bace..mau de haruk ngn gunting rambut de tu..tau x?bhahaha..bengong!x pasal adeq masuk longkang nnt gile!haish!

    ps : sape gadis bertopi itu?hehe.. +_+

    ReplyDelete
  2. haha.. pak ajis pun ada la syel.. hahaha

    ReplyDelete