Thursday, November 25, 2010

T W E E T !!! T W E E T !!! TWEET !!! T W E E T ! ! !

Apa yang nak dikecohkan sangat pasal isu twitter dengan isu gua kali ini.Apa kaitan twitter dengan scene menjatuhkan negara bagi scene hidup gua?adakah anak-anak masa kini sibuk bermain tebas kaki ayam hutan dalan hutan sana?atau main laga ayam sama laga guli?atau tolong ayam jalak gua cari jarum emas kat belakang rumah?atau cari cacing sama ulat gendon untuk buat umpan mancing?atau adakah mereka sibuk makan McD?


Lu orang ingat gua reti ke main papan luncur sama kasut luncur meluncur kat tepi lorong-lorong kedai mamak bukit bintang sana,lepak kat pusat beli belah,pusat hiburan,starbuck,coffee bean,main teka teki depan pavilion kalah comolot sama rakam adegan tersebut dan sebarkan dalam tenet.Baru la style dan anak metropolitan macam budak-budak kat bandar sana.Pala abah dia!


Gua angkat tangan tanda hormat sama budak-budak scene lepak kat warung-warung kayu,main toleng bila bosan,mandi paya bila air kat rumah kena catu,mancing kat celah parit dalam hutan buas tak patut dan scene main lacak sama abah-abah kat warung sana.


Apa kaitan twitter dengan semua ini?Itu kita bincangkan nanti.Gua baru buat twitter sebenarnya.Gua nak cuba kemudahan laman sosial yang dicipta oleh manusia itu sendiri.Lu orang ingat budak-budak scene lepak warung kayu ini tak update ke?! ini yang gua nak marah. Dah cukup 'true' sangat ke budak-budak scene lepak starbuck pesan cappucino sama caramel macchianto main wifi free sampai lebam.Gua yang lepak warung pak seman pesan kopi kapal api sama main dam haji ingat tak boleh buat macam itu sampai lebam ke?Cuma scene senduk sama kuali terbang perlu 'true' bagi kutu-kutu macam gua.


Jadi tak perlu untuk tuduh gua yang bukan-bukan atas alasan yang gua rasa sikit pun tak ada kena mengena dengan hidup gua.Jadi sesape yang rasa dah cukup abang-abang dalam dunia twitter sila lah follow gua untuk lebih 'gam' dengan gua yang masih halus dalam twitter ini.keh keh keh!


******


Kelmarin gua ada call Jack Dorsey,gua tanya betul ke dalam twitter ini boleh buat kumpul betina? gua terus matikan talian.Gua rasa lepas ini hubungan gua sama dorsey dah tak berapa 'gam'.


beruang kutub sama harimau serbia gua usha panas
 je burung ni dari jauh.

2 comments:

  1. cibai lu keje men dam.. siap kena dam.

    ReplyDelete
  2. lu bdak tiga eah..siap nk dam gua plak..org g haji pun susah nk kena dam tau!

    ReplyDelete