Saturday, April 16, 2011

H E R O

Macam biasa,seperti yang gua selalu katakan dulu.Hidup macam pusingan roda,kejap di atas.Kejap lagi kita rebah tersungkur.Itu hal yang selalu gua tanam dalam pala otak gua.Macam brainwash diri sendiri.

Sedar atau tidak,mungkin kau sahaja buat-buat tak nampak.Masa kau jatuh rebah.Berapa orang sahaja yang mahu berada di sisi.Teman kau,pimpin kau semula.Kemudian ajak kau bangun kembali.

Berapa orang?Boleh dibilang dengan sebelah tangan sahaja bukan?Dalam usia 23 tahun,gua dah lalui jatuh bangun berkali-kali.Perkara yang membuatkan gua semakin lali dan membuatkan gua menganggap sesuatu yang biasa sahaja.

Tapi kawan,gua percaya bahawa setiap masalah yang datang itu akan lebih mendewasakan kita.Mematangkan kita tentang dunia yang begitu kejam ini.Dunia ini memang kejam kawan!

Dia buai kau kemudian dia tikam kau dari belakang dengan rakus.Kau akan merana,terkapai-kapai meminta bantuan.Sedih dan sakit itu kau sendiri yang telan.Orang mana pernah nak ambil peduli pun apa yang kau rasa.

Jelas bukan? Hidup hanya seorang sahaja.

Namun kawan,gua selalu berterima kasih.Kerana gua punya seorang sahabat yang selalu menunggu gua saat lemas.Masa lemas itulah dia datang menyelamatkan gua.Beri gua makan,beri gua senyuman. Kau tahu siapa kau,tanpa gua sebutkan siapa diri kau.Sebab kau sahabat gua.Kau tak perlu beriya untuk katakan pada dunia yang kau adalah hero yang selalu selamatkan gua.

Hero yang gua maksudkan,adalah seorang wanita yang kini usianya semakin di mamah dunia.Kesihatannya yang dulu sehat dan kuat kini sebaliknya.Dan yang paling penting,perempuan yang mempunyai lauk kegemaran sama dengan gua.Asam pedas!

Dalam setiap doa gua pada tuhan,izinkan gua mati dahulu sebelum dia.Sesungguhnya gua tak boleh hidup tanpa wanita ini.Dia adalah tunjang inspirasi untuk gua meneruskan kehidupan ini,tidak pernah sekali untuk putus asa.

Barangkali,tanpa wanita ini gua boleh gila.Kerana dialah yang buat gua tersenyum di saat duka.Masa gua tenggelam,dia akan datang capai tangan gua.Cukup sahaja melihat wajahnya.Gua akan kuat semula.

Dia adalah dadah dalam hidup gua sampai mati.Buat gua ketagih akan kata-katanya.


Wanita ini yang bergelar ibu,mama,mak atau bonda.

Terima kasih tuhan sebab anugerahkan gua seorang ibu yang sangat indah.

Tuesday, March 8, 2011

P E L A N G I ~

Harap esok mentari bersama hujan akan berganding bahu selalu untuk pelangi.Pelangi pula mengekspresikan terima kasihnya kepada hujan dan mentari dengan menghiasi keindahan alam yang segar dari siraman air di langit.


Gua bertadah tangan kepadanya agar esok akan baik-baik sahaja ~

Saturday, March 5, 2011

S U R A T U N T U K K U P U K U P U

buah hatiku,


How are you dear?Hope is well la kat sana.Awak jangan nakal sangat kat sana.Awak itu dah la nakal tak ingat.Tak dengar kata keras kepala.Semua benda yang awak buat ikut kepala sendiri je.Tak terima pendapat orang lain dan tak boleh kena tegur.Nanti merajuk muncung panjang macam hidung pinochio.


Awak ingat tak dulu?Masa kita mula-mula jumpa.Ingat tak kat mana tempat pertama kita jumpa.Kalau melaka central tak ada dalam peta pembangunan kat melaka.Mesti kita tak pernah jumpa kat situ kan.Masa itu awak nampak macam budak sekolah sangat.Muka awak masa itu suci bersinar-sinar je, macam bidadari baru turun dari kayangan.Hati saya masa itu berbunga-bunga dalam hati ada taman.Masa itu saya mengigil nak pergi jumpa awak sebab saya rasa macam salah orang.Kalau awak nak tahu dekat empat kali saya pusing depan awak untuk pastikan awak orangnya.Tapi awak tak perasan.Lepas itu saya call awak tanya awak tunggu kat mana.Sebenarnya saya ada kat depan awak.Dah pasti itu awak baru saya kuatkan hati saya tegur awak.Awak senyum dan saya tak kelip pandang taik lalat kat atas bibir awak.


*****


Dalam hati saya ,patut pun minah ini kuat membebel tak berhenti-henti.Becok sangat.



Awak ingat tak dulu? lepas kita jumpa dekat melaka central.Kita sama-sama nak pergi lepak atas bukit A-famosa.Masa kita sama-sama jalan kaki nak pergi kat motor scooter buruk saya.Saya ada nampak satu motor honda buruk tak patut parking betul-betul sebelah motor saya.Tiba-tiba saya terfikir nak kenakan awak.Saya cakap kat awak yang saya naik motor honda yang buruk itu.Saya cakap naik la motor itu.Awak tanpa banyak cakap dan alasan terus capai topi keledar kat tangan saya hendak naik motor itu.Saya terkejut beruk sebab awak sanggup naik motor itu.Hati saya masa itu Dia je yang tahu.


 Lepas itu kita naik motor scooter buruk saya itu sama-sama.Awak peluk pinggang saya ketat gila sebab takut saya bawa moto laju tak ingat.Masa itu perut saya rasa senak sebab awak peluk.Tapi saya buat-buat cool je.Kita pusing-pusing satu bandaraya melaka bersejarah.Lepas itu,kita lepak kat a-famosa.Kita naik bukit sama-sama kat tangan penuh pegang makanan dan topi keledar.Tangan saya masa itu dah naik kejang sebab berat pegang itu semua.Tapi macam biasa saya buat-buat macho.



Bila tiba atas itu.Kita tangkap gambar sama-sama.Masa itu muka awak merah padam sebab konon-konon malu.Tapi saya peduli apa asalkan dapat tangkap gambar awak.Kalau awak nak tahu gambar-gambar itu semua saya masih simpan dan gantung kat tingkap sebelah komputer saya kat rumah.Bila ayah ibu saya nak guna komputer.Dia tanya macam-macam kat saya tentang gambar itu.Tapi saya cuma senyum je.


Awak ingat tak dulu?lepas kita dah merayap satu hari kat melaka itu sama-sama sampai penat.Saya hantar awak pergi melaka central balik sebab awak nak balik rumah awak semula.Masa bas awak dah nak sampai.Awak cium tangan saya tiba-tiba dan saya cium dahi awak.Masa itu saya rasa tenang dan bahagia sangat.


Tapi tu la kan....satu hari kita berpisah.Awak berubah jadi seorang yang lain.Saya rasa sekarang ini kalau diulangkan masa bila kita berjumpa pertama dulu.Saya suruh awak naik motor honda buruk itu.Mesti awak tak nak sebab malu.Saya ajak awak naik motor scooter saya pergi jalan-jalan mesti awak tolak sebab awak takut gelap kena panas dan basah kena hujan.Saya tangkap gambar awak ,mesti awak tutup muka sebab kamera telefon saya tak layak simpan wajah awak yang bersih gebu itu.Bila dah sampai masa nak hantar awak balik.Mesti awak tolak tangan saya dan berlalu macam itu je tinggalkan saya.


Sekarang ini awak cakap kat saya dah tiba masa awak nak cari kesempurnaan hidup awak sendiri.Awak cakap saya tak dapat bagi apa yang awak nak.Awak cakap saya macam budak kecil.Awak cakap awak takut tak boleh hormat saya sebab umur kita sebaya.Awak cakap saya baru mula belajar dan awak tak sanggup tunggu saya.Awak cakap semua apa yang awak rasa sakit tanpa pikir rasa sakit orang lain.


Kalau saya tahu awak akan jadi macam ini.Saya tak kan jadi macam budak kecil bila dengan awak.Kalau saya tahu awak jadi macam ini.Saya akan bagi semua yang saya ada untuk awak.Kalau saya tahu awak akan jadi macam ini.Saya akan jadi seorang yang panas baran dan buat kuasa beto saya untuk buat awak hormat kat saya tanpa sikit pun bagi kelonggaran kat awak.Kalau saya tahu awak jadi macam ini.Saya tak buang semua perempuan-perempuan simpanan dalam hidup saya.Kalau saya tahu awak jadi macam ini.Saya tak buat semua kerja-kerja bodoh yang saya lakukan sekarang.Kalau saya tahu awak akan jadi macam ini.Saya takkan teman awak selama tiga tahun ketika awak masih belajar sampai sekarang.


Kalau saya tahu awak akan jadi macam ini.Saya tak kan serahkan semua hati saya kat awak!


Macam-macam yang dah berlaku selama kita bersama.Saya tau awak selalu tolong dan bantu saya ketika susah.Awak sanggup datang dari jauh-jauh semata-mata nak ambil saya ataupun bagi ubat kat saya bila sakit.Saya terharu dan sedar yang saya banyak susahkan awak.Tapi awak tak pernah sedar apa yang dah saya lakukan untuk tebus sedikit demi sedikit semua itu pada awak.Awak tak prnah pikir apa yang dah awak buat kat saya.Saya telan rasa itu semua demi semua ini.


Saya nak awak tahu saya jadi macam ini selama dengan awak sampai membuatkan awak jijik untuk melihat saya adalah sebab dulu awak pernah cakap kat saya.Awak selalu rasa sedih dan menangis tak henti-henti setiap hari.Awak bagi kat saya gambar mata awak lebam sebab menangis sebab seseorang yang dah lukakan hati awak.Dari situ saya dah berjanji pada diri saya dan awak yang saya tak nak buat awak rasa semua itu lagi.Saya nak buat awak gembira dan bahagia sampaikan saya biar awak duduk lebih tinggi dari saya.


Tiba-tiba satu hari awak cakap kat saya,awak dah pernah lalui semua yang saya lalui sekarang.Awak cakap awak dulu pernah ada kat tempat saya sekarang.Awak cakap saya terlalu lemah dan mengada-ngada sebab tak mampu hadapi semua itu sedangkan awak boleh lepas semua yang saya lalui sekarang dengan selamba.


Sebenarnya awak lupa.Awak lupa macam mana awak jadi kuat dan dapat lepas semua itu dengan bahagia.Macam itu jugalah awak lupa siapa yang datang buat awak jadi kuat macam sekarang.Terima kasih sebab awak curahkan balik semua rasa sakit itu dekat saya untuk kesempurnaan hidup awak.Awak nampak kesempurnaan dan kebahagiaan yang kita rancang selama ini dekat orang lain.Awak lupa semuanya.


Pernah dengar nama irene natasya?


Sunday, February 20, 2011

B A R A I

Masa ini gua dah barai,barai dia bukan sikit-sikit.tapi barai dia boleh buat orang lain sakit ulu hati sama sakit kronik.Mana tak nya,tadi gua dah telan dua biji pil selsema sebab selsema.Dua tiga hari ini selsema dengan scene hidup gua 'gam' dia memang lain macam sikit.Memang kalah gam yang selalu budak-budak kecik buat hidu itu.Sebab gua dah barai,gua pun dah jadi malas.sebab gua dah malas jadi dengan secara matematiknya gua pun memang tak ada hati nak taip berjela-jela.Tapi sebab gua dah barai macam ini.Gua tak nak lah orang lain jadi barai macam gua.Sebab gua tak nak bagi orang lain barai macam gua.Dengan tidak semena-mena gua copy paste artikel dari fazleena hishamuddin tentang situasi yang buat gua jadi barai.lu orang nak tau apsal gua barai.lu orang baca sndiri.Lepas baca,kalau barai juga,gua memang tak nak amik tahu sebab gua nak tidur.


****


Content cerita ni pasal sepasang suami isteri yang sudah merasakan hubungan mereka pudar setelah 15 tahun hidup bersama. Konflik tentang perubahan-perubahan yang berlaku dalam hubungan seperti salah faham, tentang kuasa, soal kecil yang diperbesarkan. Mereka masih sayang satu sama lain, tapi merasakan yang semua pernah manis dahulu telah hilang. Seperti mana kita sayang pada satu-satu benda baru contohnya. Ia perlahan-lahan pudar, dan bila sudah terlalu lama kita mungkin berfikir untuk menggantikannya. Tapi relationship bukannya benda kan. Ia lebih complicated. Dia melibatkan hati dan akal.


Sometimes aku terfikir bahawa bagaimana agaknya bila kita pernah mencintai seseorang, apabila kita tidak lagi boleh bersama (atas banyak faktor) kita dengan mudah membenci pasangan kita itu. Aku rasa ia bukan untuk pasangan kekasih sahaja. Persahabatan juga begitu. Kita berkawan, kemudian bergaduh, seterusnya berdendam. Paling teruk kita mengharapkan dia ditimpa kecelakaan yang besar. Kenapa macam tu? Kan kita pernah bersahabat baik, pernah berkongsi rasa dan jiwa, pernah gelak ketawa bersama. Mudahnya kita membenci dia. Just like that. Just like that. Atau sebenarnya kita sedang berusaha untuk menafikan rasa sayang kita terhadap dia? Aku ada baca sebuah buku baru-baru ini, emosi yang paling dashat ialah 'marah'. Bila kita marah, kita tak pernah peduli tentang banyak perkara. Kita akan langgar semua benda termasuk perasaan kita sendiri. Belajarlah mengawal rasa marah. Perlahan-lahan.


Dengan kekasih pun macam tu. Aku kalau rindu atau teringat kekasih lama (ehem), aku akan stalk facebook dia atau tengok album-album lama. Atau apa sahaja yang boleh mengimbau memori dengan dia. Nasib baik aku boleh tengok wall dia (walaupun dia dah remove aku dari senarai friendlist dia, mungkin dia buat tu time dia marah. heh). Aku tengok kegembiraan yang dia kecap sekarang. Aku meninjau serba sedikit kehidupan dia. Kemudian aku senyum seorang-seorang. Dalam hati aku, semoga dia berjaya dan gembira dengan apa sahaja yang dia buat. Relationship kita tu pernah jadi satu perkara indah dalam hidup kita. Cuma jodoh sahaja yang tiada. Tak perlulah nak persoal; siapa dump siapa, siapa dulu yang tak pernah jaga hati siapa, siapa yang kurang berusaha. Relationship tu kan atas kehendak dua orang. Kalau ada 'give' tapi takda 'take', buat ghapo? Tapi terpulanglah. Orang lain-lain kan. Kalau dia memilih untuk tidak mahu ada relation apa-apa (walaupun sebagai kawan), apa yang kita boleh lakukan. Cuma kita selalu sahaja boleh memilih untuk perkara yang lebih baik. Memberi maaf contohnya.


Ada kala kita fikir, sejauh mana agaknya kemesraan yang kita ada kini akan berpanjangan? Kalau kita berusaha untuk maintain berkasih sayang dalam sebuah perhubungan, kita akan maintain. Aku percaya itu. Well, hubungan akan ada naik dan turunnya. Tapi jika ada sesuatu yang akan berlaku tanpa kehendak kita, siapa kita untuk menahannya. Terima dan redha aja. Tapi jangan kita membenci. Jika kita pernah mencintainya-manakan mungkin kita bisa membencinya.


Untuk ingatan gua sendiri,kita tak akan selalu dapat apa yang kita mahu.Tapi kita akan selalu boleh berusaha untuk memenuhi apa yang kita perlu.Kita selalu sahaja berteriak tentang kemahuan dan keperluan yang mesti dipenuhi dan ada kalanya meminta orang lain mendukung bersama mahu-perlu kita itu.Tapi adakah kita sedar dan peka akan kemahuan dan keperluan orang-orang tersayang yang berada di seliling kita.


ni namanya barai!agaknya lah~

S A A T I N I ....

Currently blog gua kali ini memang agak bosan,termasuklah penulisan gua yang lain akhir-akhir ini.Tak banyak yang sempat gua selitkan kali ni.Unsur-unsur komedi mungkin dah tak "gam" lagi dengan kehidupan gua kali ini.Gua mengaku sebab gua sendiri meluat dan mnyampah bila baca.Tapi gua tetap post dan biarkan ia terus dipaparkan.Peduli apa gua pada siapa-siapa yang merasakan meluat dan menyampah bila baca semua ini termasuklah diri gua sendiri.Fucked up! Lagi pun gua sekarang ini bukan fun pun.Ah! dari dulu lagi gua rasa gua ini memang tak fun pun sebenarnya.Gua lebih hipokrit dari dewa hipokrit itu sendiri sebab cuba karang cerita-cerita yang tak masuk akal dan kelakar kononnya.Nak hiburkan hati orang lain sedangkan hati sendiri chaos tak ingat.Macam shit!


Now life gua getting phase yang lebih serius.Mungkin selepas ini gua akan menjadikan sejarah lalu gua sebagai pegangan hidup gua yang more kepada antagonis.Baru true dengan semua situasi yang gua rasa sekarang ini memerlukan gua berwatak sedemikian.Tak perlulah gua bersusah payah perah mata gua untuk keluarkan air sampai lebam-lebam demi sesuatu yang gua rasa tak perlu ada dalam watak antagonis sebab ia lebih menjurus kepada 'scene' ketawa terbahak-bahak tak ada pedoman macam firaun sampai sore serak.Baru punk!


Macam biasa,kalau diikutkan pada realitinya gua bukanlah orang yang freindly dan gua buat tak tahu jer lah.Atau dalam erti kata yang baik,gua tak ada idea nak start perbualan dalam 'scene' peramah macam mana.Kalau tak, mana kan semua manusia-manusia yang mudah lupa diri di tempat gua berada sekarang senang melabelkan kan gua sombong,berlagak,memilih kawan dan paling tak tahan ada yang mengelarkan gua 'gangster'.Macam bodoh!.kah kah kah!! Gua pernah bertanya secara random pandangan mereka-mereka yang tidak kenal gua.First persepktif yang gua dapat adalah sombong dan pilih bulu.Gua cuma tersengih sambil tunjuk fuck sambil berlalu pergi.Ingat senang ke gua nak terima orang lain jadi kawan gua.Melainkan dia nak jadi kawan gua atas dasar kawan bukan lawan.Nanti sampai satu masa pijak pala gua sebab perangai macam bangang!


Mungkin kali ini gua sangat setuju dengan statement tersebut.Sekurang-kurangnya masih ada lagi watak yang gua rasakan dah jadi sejarah bagi gua.Gua rindu untuk memegang  watak sebegitu.Tak perlu untuk gua berpura-pura baik depan semua orang.Pada hakikatnya semua itu tidak dipandang dan dihargai.Lagi satu,lepas ini bila-bila je kalau gua suka gua boleh fuck kan siapa yang gua rasa patut di fuck kan! Sebab orang baik tak kan dapat buat begitu.kan kan ...

Cuma yang menjadi persoalan aku sekarang ini.Perlu ke gua buat semua itu lagi ?

Masa sudah berlalu,aku pun dah berubah.


Jelas sekali,perubahan gua selama ini buat gua jadi 'loser' dan 'moron'.Senang dipijak,diherdik,dimaki,dicaci,ditindas,dibodohkan,dimainkan,dilambung,disepak,diketawakan, atau yang lagi true ditinggalkan!


Kita tidak pernah kalah
jika tahu kita tak bersalah
cuma ada masanya perlu mengalah
demi benci dan pecah belah


cinta akan selalu ada, insyaallah

Saturday, February 12, 2011

K E L E M B A P A N K E K E L A S A N

Macam biasa,pagi itu cuaca memang agak sedap untuk para kutu yang menjadikan tidur itu sebagai sahabat yang sangat 'gam' dalam hidup mereka.Tapi tidak bagi gua yang kini sudah berpaling tadah dari arena kutu sedunia.Pagi yang sememngnya sedap itu gua seperti biasa dengan rutin harian yang biasa-biasa,akan memakai jeans ala-ala 60-an dan berbaju t-shirt kolar terangkat lengan tangan berlipat.yang pasti rambut gua ketika itu bukanlah jenis yang tercacak di bahagian tengah mahupun tepi,apatah lagi bahagian depan mahupun belakang.Jenis rambut begitu selalunya akan gua terajang sambil terbang gaya jackie chan ala tentera nazi di dalam gelanggang ragbi.


Dengan muka yang sangap rokok dan mata merah rabak tak ingat.Gua ketuk pintu sambil berdehem bagi menghangatkan lagi suasana.Gua lihat separuh daripada mereka-mereka yang berada di dalam bilik itu berpeluk antara satu sama lain sambil mata merah nak nangis sebab takut akan kedeheman gua tadi.


Gua buka pintu dan terus melangkah masuk dengan kaki kanan.Gua tak lupa untuk membaca jampi serapah .Ada dua tiga orang perasan mulut gua terkumat kamit keluar asap ketika itu.Gua tak amik pusing.Gua teruskan perjalanan sambil menguap dua tiga kali.Kali ini gua tidak terus ke tempat duduk gua,tetapi gua terus menuju tepat ke bahagian hadapan tepat ke muka pengadilan.nyaris-nyaris juga gua nak berlaga mulut dengan muka pengadilan tersebut sebab terlalu tepat.


Macam biasa,kejadian bertikam lidah oleh gua bersama muka pengadilan tersebut berlaku dengan begitu sengit dan macam hari-hari yang lepas juga,kejadian itu akan dimenangi oleh gua.Gua terus kembali ke tempat duduk gua dengan gaya abang-abang.Ketika itu gua dapat rasakan kewujudan gua di situ memang di anak tirikan dengan begitu jelas.


Gua pikir balik,memang tak ada salahnya kalau pelajar yang selalu datang lambat ke kelas ini.Jangan terlalu pandang rendah sangat kat golongan ini kerana mungkin mereka ini agak tinggi.Bukannya apa,gua malas bila bercakap pasal datang lambat ke kelas ini.Sebab gua memang suka datang kelas lambat.Bukannya gua ini jenis yang bangun lambat atau mandi pagi lambat sebab bangun lambat .Tapi memang gua jenis yang suka datang kelas lambat.Kalau gua bangun awal macam mana sekali pun.Gua akan tetap datang lambat.Gua pun tak tau apsal.


Bila tido lambat,bangun pun lambat,
bila bangun lambat maknanya pergi kelas pun lambat.
kalo x nk lambat cakap dengan pensyarah jgn bg kerja banyak2 sampai tido pun lambat.amacam?

Friday, February 4, 2011

K I R A K I R A T A H U N I S L A M


         2007 = pelajar
         2008 = pelajar

akhir 2008 = jurutera mekanikal

         2009 = kutu
         2010 = kutu
         2011 = pelajar
         2012 = pelajar
         2013 = pelajar
         2014 = 'designer'


Akhir 2014 itu gua was-was sedikit.Takut jadi macam kat tahun 2009 sampai 2010.Tapi yang 2014 itu rasa macam kelakar pun ada.Rasa macam nak ketawa sambil ketuk kuman sampai lebam.Gua tengah fikir apa nak letak lepas tahun 2014 itu.Ah! esok-esok la gua fikir.Banyak sangat kerja sekolah nak kena siapkan.Rasa macam nak luruskan tangan kanan gua tepat kat muka cikgu gua pun ada.Tak patut betul dera anak murid sampai macam ini sekali.Puas gua belek buku 'yellow pages' ini cari nombor menteri pendidikan.


ni adegan sebelum kena lurus ngan tangan gua..
lepas kena lurus x yh tunjuk..mengaibkan!